Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Hari Raya | sunnah vs adat?



Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. Ramadhan sudah pun berlalu pergi meninggalkan kita, pergi membawa segala kelebihan yang terdapat didalamnya. Sekarang tibalah saat untuk kita menyambut dan meraikan ketibaan syawal dengan segala kegembiraan bagi orang-orang yang telah melaksanakan segala amalan yang terdapat dalam bulan ramadhan.

Orang bijak pandai ada mengatakan bahawa bulan ramadhan umpama satu madrasah yang akan mendidik iman kita kearah yang lebih baik manakala bulan syawal pula ialah bulan untuk kita meraihkan kemenangan bila mana kita berjaya melalui segala cabaran sepanjang Ramadan. Namun sedarkah kita bahawa sepanjang syawal kita banyak melakukan hal-hal berkaitan dengan adat berbanding ibadah, malah mungkita selama ini kita tidak sedar selama ini kita hanya melakukan sebuah kebiasan yang terkandung dalam adat sahaja. Namun begitu tidak salah jika kita masih meneruskan adat kebiasaan tersebut kerana masih terdapat kebaikan di dalamnya dan tidak melanggar hukum syarak.

Antara adat yang sering kita jalankan ketika syawal dan sering di ertikan sebaagai amalan sunnah

Pengalaman berdepan dengan jin ilmu



kejadian ini berlaku dalam penghujung tahun 2022 lalu. Seorang sahabat bernama pian (bukan nama sebenar ada menghubungi aku untuk membantu dia dalam merawat seorang anak saudara seorang kenalan yang sering kerasukan. Aku bersetuju untuk membantu dengan syarat aku hanya berperanan sebagai pembantu bukan sebagai perawat. Dalam jam 9 malam kami bertolak kerumah mangsa kerasukan. Bila sampai sahaja d rumah yang dituju aku sudah pun merasa aura negatif yang agak pekat. Malah aku juga merasakan ada unsur-unsur sihir dalam rumah berkenaan.

Amalan dan kelebihan malam nisfu syaban



 Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]

Dari hadis ini jelas dilihat keutamaan malam nisfu sya'ban dan semestinya kita tidak boleh lepaskan dengan melakukan pelbagai ibadah bagi mencari keredhaan Allah.

3 jenis hantu yang sering menjadi topik perbualan


Bercerita tentang hantu kadangkala menarik walau kadang kala menyeramkan walaupun hinggakan terpaksa bermalam di rumah kawan di sebabkan tekut untuk pulang malam namun untukberhenti bercerita memang susah untuk berhenti kadangkala makin tengah malam makin seronok dan rancak bercerita. 

Kisah-kisah seram memang banyak menjadikoleksibagi mereka yang suka berjaga malam. Namun sedarkah kita tiga jenis hantu yang sering menjadi bahan cerita ketika melepak mugkin disebabkan hantu-hantu ini aktif berkeliaran atau memang hantu-hantu ini menjadi primadona bagi golongan-golongan hantu yang ada di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Kenapa 3 negara ini saja yang saya sebut kerana ketiga-tiga negara ini terdapat persamaan budaya di kalangan masyarakat di ketiga-tiga negara ini.

tanda-tanda jika seseorang itu memiliki saka.


 Saka ialah golongan jin yang di warisi kerana sudah mengadakan perjanjian dengan nenek moyang terdahulu untik tujuan tertentu seperti kekuatan, perubatan, perbidanan, kecantikan, penjagaan, untuk kebudayaan. Mewarisi saka ini boleh berlaku sama ada secara sedar atau pun tidak. Pada zaman dahulu nenek moyang beranggapan bahawa saka ini amat diperlukan dalam kehidupan. Selaras dengan peningkatan ilmu pengethuan agama maka masyarakat sekarang mula menolak saka keturunan.namun apakan daya masih ada juga yang telah mewarisi saka secara tidak sedar. Nama-nama seperti hantu raya, polong dan pelesit memng agak terkenal dalam masyarakat melayu.

Berikut merupakan bebrapa tanda jika anad telah mewarisi saka keturunan. tanda-tanda ini terbahagi kepada dua mengikut dato ustaz Syarhan Shafie iaitu tanda semasa jaga dan tanda semasa tidur

Mengenal perawat Islam yang sebenar.


Bukan niat untuk menutup pintu rezeki bagi para perawat alternati yang lain, hanyalah sekadar satu perkongsian kepada orang ramai agar tidak tertipu dengan para perawat yang mengaku menggunakan kaedah rawatan Islam tetapi sebenarnya hanya sekadar mengambil kesempatan terhadap musibah orang lain. hasilnya pesakit bukan nya mendapat kesembuhan malah harta habis tergadai. Malah tidak kurang juga yang sakit semakin parah bila di rawat oleh perawat palsu, sehinggakan ada juga yang menjadi mangsa gangguan seksual.

Syaitan dibelengu di bulan Ramadhan



"Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersanda : "Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Benarkah syaitan dibelenggu atau dirantai ketika bulan Ramadhan sedangkan kita masih dapat melihat kejahatan dan maksiat masih berlaku dalam bulan Ramadhan?. Bukankah perkara ini sepatutnya tidak berlaku jika syaitan dibelenggu.


Paranormal Fotografi - Ektoplasma

kewujudan ektoplasma
Kalau dahulu saya ceritakan mengenai fenomena Orbs, kali ini saya ceritakan pula apa itu ektoplasma. Dalam dunia paranormal ektoplasma merupakan peringkat kedua dalam kemunculan jin. Orbs adalah tahap pertama. Kekuatan jin dalam bentuk ektoplasma sudah bertambah sehingga mereka mampu mengeluarkan bunyi dan bayang-bayang dengan menggunakan mata kasar serta mampu menggerakkan benda-benda yang ringan.

Paranormal fotografi - ORBS (bola hantu)


Ramai yang bertanya bagaimana hendak mengetahui dalam gambar tu ada entiti atau tak. Sebenarnya dalam hal ini kita perlu melihat pada satu bidang fotografi iaitu paranormal fotografi. Dalam paranormal fotografi terdapat beberapa istilah yang mengaitkan tentang kewujudan entiti dalam sesuatu gambar. Perkara ini tidaklah memerlukan kemahiran khas dalam bidang paranormal seperti aura, scan, tenaga dalam atau sebagainya. Cukup sekadar pengetahuan dalam bidang fotografi.

10 perkara tentang jin yang perlu kita tahu


 
Sejauh mana kita kenal dengan Jin. Sebagai umat Islam kita wajib percaya keujudan Jin ini berdasarkan Ayat Al-Quran yang bermaksud "Tidak Ku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadat kepada Ku". Untuk itu jelaslah bahawa selain manusia terdapat lagi makhluk lain yang sama-sama berkongsi dunia ciptaan Allah ini. Namun begitu sejauh mana kita kenal akan jin. Kenal bukan bermaksud untuk bersahabat atau sebagainya tetapi sebagai persediaan untuk menangkis dan menghadapi gangguan yang timbul dari golongan jin ini.

10 kawasan paling berhantu di Malaysia

Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi momok kepada orang ramai. Kali ini BPC akan menyenaraikan beberapa kawasan yang dianggap paling berhantu oleh sesetengah pihak. Kawasan ini dicadangkan oleh beberapa orang rakan yang aktif meneroka kawasan-kawasan sebegini. Sebab itulah pakej perlancungan seram semakin berkembang sekarang ini.

Bayang-bayang Misteri Di Pejabat Kerajaan


Gambar ini diambil oleh saudara Kahar di pejabat beliau ketika di bertugas menjaga keadaan banjir di Beaufort baru2 ini. Menurut beliau pada ketika itu dia hanya berseorangan dipejabat setelah baru sahaja mengambil bacaan paras air sungai padas untuk di laporkan ke Bilik Gerakan Banjir Daerah.

Ketika dia hendak pulang beliau merasa sepertia ada seseorang yang mengikuti beliau dari belakang tetapi apabila beliau menoleh kebelakang tiada sesiapa pun yang berada di belakang beliau. Perasaan seram mula muncunl dan beliau mengeluarkan telefon bimbit beliau dan mengambil gambar di sekitar ruang pejabatnya dan hasilnya seperti yang di paparkan.

Gambar terbaru


Alhamdulillah...

Setelah sekian lama akhirnya blog BPC kembali aktif. Pihak ADMIN memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul selama blog ini tidak aktif atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.Sebagai tatapan pembaca setia blog ini, ADMIN akan memaparkan gambar yang dikirim oleh seorang sahabat yang di ambil di sekitar rumahnya sebelum bulan puasa yang lalu.

Entiti Di Membakut

 
Baru-baru ini Team BPC ada menerima satu gambar dari seorang sahabat. Menurut beliau gambar ini merupakan satu kemalangan ngeri yang berlaku di jalan Membakut yang telah mengorbankan 2 nyawa. Dan menurut beliau terdapat satu entity yang terdapat dalam gambar tersebut berjampirang dengan mayat mangsa kemalangan.

Tamatnya Riwayat Pokok Puaka


Heboh satu daerah bercakap tentang sebatang pokok tua yang menjadi momok kepada pekerja di satu kawasan pembangunan. Kononnya pokok berpuka, malah ada juga yang mengatakan ada jin yang menhubni di pokok tersebut.

Berdasarkan kepada cerita tersebut team BPC telah bergerak ke lokasi tersebut malangnya team BPC tidak dibenarkan masuk kekawasan pembinaan atas alasan keselamatan. Lamu kami pun akur dan hanya mengambil gambar pokok tersebut dari jauh.

Kaitan solat dengan 4 unsur (tanah, api, air dan angin)


Assalamualaikum..

Dalam AlQur’an surat Al 'Ankabuut (29) ayat 45 dikatakan bahwa:
Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Dari dalil di atas jelas bahwa ada hubungannya antara solat dengan perbuatan keji dan mungkar yang biasa dilakukan oleh hawa nafsu. Kali ini saya akan ceritakan mengenai kaitan 4 unsur dengan solat. Sya ada menerima banyak email yang bertanyakan bagaimana hendak menguatkan 4 unsur tersebut. Bagi saya menguatkan 4 usur tersebut bukanlah satu perkara yang utama tetapi mencapai keseimbangan dalam 4 unsur tersebut adalah yang amat perlu dititik beratkan. Tidak guna jika kita hanya menguatkan salah satu unsur tersebut sedangkan unsur lain lemah. Ini mungkin akan memudaratkan kita samada dari segi sikat dan perilaku.

Untuk mencapai keseimbangan tersebut amat mudah iaitu hanya dengan SOLAT. Setiap pergerakan dan bacaan dalam solat mempunyai kaitan dengan 4 unsur  dan mampu merangsang semua unsur tanah, api, air dan angin hingga mencapai titik keseimbangan.

Empat unsur kehidupan - tanah, api, air dan udara


Mungkin ada yang sudah mengetahui mengenai 4 unsur yang sering dikaitkan dengan kehidupan manusia terutama dari sudut  pandangan paranormal. 4 unsur ini terdiri dari tanah, api, air dan udara yang membentuk manusia masing-masing mempunyai energi yang akan member beberapa kelebihan kepada manusia yang mampu memaksimumkan penggunaanya.

Setiap manusi telah pun mempunyai 4 unsur ini sejak lahir lagi. Malah sikap manusia bergantung kepada 4 unsur ini. Contonnya jika seorang yang penyabar maka unsur tanahlah yang dominan, jika unsur api yang dominan maka orang itu seorang yang pemarah.

Perbezaan antara SAKA dengan QAREEN


Saka merujuk kepada satu istilah yang sering digunakan dalam budaya Melayu yang merujuk kepada makhluk ghaib yang diamanahkan untuk menjaga seseorang melalui beberapa amalan ilmu kebatinan. Untuk lebih mudah difahami, saka adalah makhluk yang berdamping dengan  keturunan bapa, ibu, nenek atau datuk seseorang bertujuan untuk mengawal keselamatan keluarga pengamal. Saka ini boleh diwariskan kepada keturunan pengamal saka ini. Saka ini boleh wujud dalam pelbagai betuk ada yang menyerupai harimau, makhluk yang berbulu malah ada yang menyerupai pemiliknya.

Amalan yang boleh kita gunakan sebagai ikhtiar mencari orang hilang

Kemarin ketika dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu, saya terdengar penumpang di sebelah saya bercerita tentang isterinya yang hilang secara misteri. Kononnya ketika mereka dalam perjalanan ke Tawau isterinya minta berhenti untuk buang airkecil di tepi jalan. Suaminya pun berhentilah lalu turun menemani isterinya namun ia terkejut apabila ia dapati isterinya tiada, hilang begitu sahaja sedangkan tidak sampai pun satu minit ia turun dari kereta.

Mendengar cerita tersebut teringat pula saya beberapa amalan dan doa yang boleh kita gunakan sebagai ikhtiar mencari orang hilang. Amalan ini saya dapat dari kitab Mujarrabat Imamiyah karangan Allamah Sayyid Muhammad Ridha Ar-Ridhawi An-Najafi, salah seorang ulama besar, alim dan wara’, keturunan Rasulullah saw dari jalur keturunan Imam Ali Ar-Ridha. Kitab ini menerangkan terdapat 7 cara untuk mengembalikan orang atau barang yang hilang tetapi saya akan kongsikan beberapa sahaja sebagai panduan memandangkan ilmu saya cukup  terhad dalam bidang ini. Tetapi amalan ini haruslah disertai dengan keyakinan yang jitu dengan niat yang ikhls dan berserah 100% kepada Allah SWT.

Mengasah kepekaan diri


Setiap manusia dilahirkan dengan tahap kepekaan yang cukup. Namun begitu tahap kepekaan kita sering mengalami proses naik turun. Jika kenaikan atau penurunan yang sidikit itu tidak mengapa tetapi malangnya kita sering mengalami penurunan tahap kepekaan yang drastik. Untuk lebih mudah difahami bayangkan ketika kita berada di anak tangga, jika kita turun satu anak tangga maka kita masih sahaja berada pada tahap yang tinggi, tetapi jika terus terjatuh ke anak tangga terbawah kita akan mengalami banyak masalah contonya kecederaan. Begitu juga dengan tahap kepekaan kita. Jika tahap kepekaan kita jatuh menjunam maka kita tidak akan dapat mengesan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan susah untuk menerima ilmu yang dipelajari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...