Bayang-bayang Misteri Di Pejabat Kerajaan

Anda Suka? 

Gambar ini diambil oleh saudara Kahar di pejabat beliau ketika di bertugas menjaga keadaan banjir di Beaufort baru2 ini. Menurut beliau pada ketika itu dia hanya berseorangan dipejabat setelah baru sahaja mengambil bacaan paras air sungai padas untuk di laporkan ke Bilik Gerakan Banjir Daerah.

Ketika dia hendak pulang beliau merasa sepertia ada seseorang yang mengikuti beliau dari belakang tetapi apabila beliau menoleh kebelakang tiada sesiapa pun yang berada di belakang beliau. Perasaan seram mula muncunl dan beliau mengeluarkan telefon bimbit beliau dan mengambil gambar di sekitar ruang pejabatnya dan hasilnya seperti yang di paparkan.


Walaupun tidak jelas tetapi jika diperhatikan betul-betul seperti ada satu betuk bayang-bayang bertanduk melintas berdekatan dengan tangga. Kejadian-kejadian seperti ini memang selalu kita dengar terutama jika kawasan pejabat yang seunyi dan hanya berpenghuni ketika waktu siang. Bukan sahaja pejabat-pejabat yang menjadi sasaran malah terdapat kawasan-kawasan sekolah, asrama malah ada juga rumah kediaman.

1 comment:

Anonymous said...

ini yg bikin takut kalau terpaksa pegi pjb mlm2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...