Perbezaan antara SAKA dengan QAREEN

Anda Suka? 

Saka merujuk kepada satu istilah yang sering digunakan dalam budaya Melayu yang merujuk kepada makhluk ghaib yang diamanahkan untuk menjaga seseorang melalui beberapa amalan ilmu kebatinan. Untuk lebih mudah difahami, saka adalah makhluk yang berdamping dengan  keturunan bapa, ibu, nenek atau datuk seseorang bertujuan untuk mengawal keselamatan keluarga pengamal. Saka ini boleh diwariskan kepada keturunan pengamal saka ini. Saka ini boleh wujud dalam pelbagai betuk ada yang menyerupai harimau, makhluk yang berbulu malah ada yang menyerupai pemiliknya.



Pada kebiasaannya pemilik saka ini akan mewariskan saka beliau kepada waris terdekatnya samada anak ataupun cucu sebagai penjaga saka tersebut sebelum kematiannya. Sekiranya pemilik saka tidak sempat untuk mewariskan saka beliau maka saka tersebut akan terus mendapingi keluarga pemilik saka seperti yang dijanjikan tersebut tanpa disedari dan akan berlakulah gangguan misteri yang berpunca dari saka yang menuntut penjagaan dari tuan barunya. Pada dasarnya saka ialah sejenis jin yang ditugaskan untuk menjaga keturunan pemilik melalui beberpa perjanjian.


Banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengesa manusia menjauhi dan berlindung diri dari syaitan malah manusia wajib menjadikan syaitan sebagai musuh. Perbuatan memelihara saka ini juga bukan sahaja menyesatkan malah akan menyusahkan kepada waris-waris pemilik yang tidak mahu menerima saka tersebut dan akhirnya berlakulah gangguan-gangguan yang boleh membahayakan keselamatan malah nyawa waris.

Adapun Qareen merujuk kepada adalah istilah yang digunakan merujuk kepada kawan rapat. Kawan rapat di sini bukalah bermaksud manusia hendak berkawan dengan Qareen ini kerana Qareen ini juga berasal dari suku sakat jin dan syaitan dan semestinya ia menjadi musuh kepada semua manusia. Setiap manusia mempunyai Qareen mereka sendiri sejak mereka dilahirkan lagi. Qareen inilah yang sentiasa mendampingi kita seperti kawan rapat. Qareen akan sentiasa mendampingi kita dan mengajak serta mempengaruhi kita kearah kejahatan Oleh itu Qarenn bukalah satu kawan rapat yang baik.

Rasululluah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud "setiap orang dari kamu, ada bersama dengannya Qareen (syaitan) dari jin. Sahabat bertanya apakah Rasulullah juga mempunyai Qareen? Baginda menjawab YA, Sayapun ada Qareen itu, Cuma Allah SWT membantu Saya dapat mempengaruhi Qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan berdamping dengan Saya. Dia tidak lagi mendorong Saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan (hadis riwayat Muslim).

Oleh yang demikian jelas bahawa Qareen ini ada pada setiap manusia dan bergantung kepaada tahap keimanannya bagi mengelakkan pujukan Qareen itu untuk berbuat kejahatan. Jika seseorang itu taat menjalankan suruhan Agama maka Qareen itu seolah-olah berputus asa mengajaknya untuk berbuat kejahatan melainkan sekali-sekala sahaja.

Secara ringkasnya perbezaan antara saka dengan Qareen ialah, saka merupakan syaitan yang dituntut melalui amalan-amalan kebatinan bagi tujuan tertentu manakala Qareen ialah syaitan yang secara semula jadi ada ketika manusia dilahirkan lagi. Allah maha besar untuk itu setiap manusia dibekalkan dengan Iman dan akal serta hati yang baik untuk mempertahankan diri dari godaan Qareen. Bersama manusia juga sentiasa ada malaikat yang menjaga kita. Wallahualam

2 comments:

Anonymous said...

imanlah yang menjadi pendinding diri bai mengelakkan oadaan syaitan ini

Beaufort Paranormal Community said...

tepat sekali...iman yang mampu melindungi kita dari godaan syaitan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...