Syaitan dibelengu di bulan Ramadhan



"Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersanda : "Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Benarkah syaitan dibelenggu atau dirantai ketika bulan Ramadhan sedangkan kita masih dapat melihat kejahatan dan maksiat masih berlaku dalam bulan Ramadhan?. Bukankah perkara ini sepatutnya tidak berlaku jika syaitan dibelenggu.


 

Untuk menjawab persoalan ini, para ulama perlulah dirujuk bagi mendapat penjelasan. Untuk itu terdapat dua pendapat yang berkaitan dengan hal ini. Pendapat pertama, para ulama mengatakan bahawa syaitan dibelenggu pada bulan ramadhan hanyalah satu kiasan. Manakala pendapat kedua mengatakan syaitan benar-benar di belenggu pada bulan ramadhan

1. Hanya sebagai satu kiasan
Ulama berbeza pendapat dalam menentukan makan kiasan ini namun begitu sekurang-kurangnya terdapat dua pendapat dari ulama yang popular mengartikan makna kiasan ini. Pendapat pertama yang dikemukakan oleh al-Hulami “ada kebarangkalian bahawa maksud  “syaitan  dibelenggu” ialah  “mereka tidak dapat menggoda manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, disebabkan manusia sibuk dengan berpuasa yang mengekang syahwat, membaca al-Quran dan  berzikir”


 Manakala pendapat kedua dikemukakan oleh al-Qadhi “Ada kebarangkalian ungkapan  “pembelengguan  syaitan” adalah kiasan kepada keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperindahkan nafsu syahwat pada pandangan  manusia”.
 

Jika diteliti kedua-dua pendapat ini membawa kepada satu kesimpulan bahawa pembelenguan syaitan di bulan Ramadhan adalah satu kiasan sahaja di mana ia membawa makna syaitan mempunyai kemampuan yang terhad dalam menghasut manusia dalam bulan ramadan. Syaitan masih dapat menghasut manusia jika manusia itu tidak menjalankan ibadah puasa yang sebenar-benarnya. Semua ini bergantung dengan tahap iman seseorang.


2. Syaitan benar-benar di belengu
Dalam hal ini para ulama juga berbeza pendapat. Ada yang mengatakan bahawa syaitan yang dibelengu hanyalah sebahagian syaitan sahaja iaitu pencuri berita-berita dari langit ataupun “pelampau-pelampau” syaitan. Ada juga yang mengatakan semua syaitan di ikat dan dirantai tanpa kecuali.


Untuk pendapat yang pertama kebanyakan ulama berlandaskan sebuah hadis yang mengatakan “Apabila tiba saja malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan-syaitan dan jin-jin yang ganas (yang besar). Pintu-pintu Neraka ditutup dan tiada satu pun terbuka. Pintu-pintu Syurga pula dibuka dan tiada satu pun yang tertutup.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi). Dalam hadis ini ada mengatakan bahawa hanya syaitan-syaitan dan jin-jin yang ganas sahaja di belengu.

 Manakala ulama yang mengatakan semua syaitan di belengu tanpa kecuali mereka berpegang kepada lafaz zahir hadis Imam Bukhari.Hadis tersebut dengan terang mengatakan para syaitan dibelenggu tanpa disebutkan pengecualian.Diantara ulama’ yang berpegang kepada zahir hadis ini ialah Imam Qurtubi.

Disini timbul kemuskilan jika semua syaitan dibelengu kenapa masih berlaku kejahatan dan kemaksiatan dalam bulan Ramadhan? Persoalan ii telah dijawab oleh Imam Qurtubi dengan mengatakan  “pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan  manusia”.


untuk itu sama-samalah kita mengambil ikhtibar

wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...informasi berguna

PESUGIHAN MBAH SURO said...

Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura

Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

WhatsApp +62 822 4631 1483




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...