Empat unsur kehidupan - tanah, api, air dan udara


Mungkin ada yang sudah mengetahui mengenai 4 unsur yang sering dikaitkan dengan kehidupan manusia terutama dari sudut  pandangan paranormal. 4 unsur ini terdiri dari tanah, api, air dan udara yang membentuk manusia masing-masing mempunyai energi yang akan member beberapa kelebihan kepada manusia yang mampu memaksimumkan penggunaanya.

Setiap manusi telah pun mempunyai 4 unsur ini sejak lahir lagi. Malah sikap manusia bergantung kepada 4 unsur ini. Contonnya jika seorang yang penyabar maka unsur tanahlah yang dominan, jika unsur api yang dominan maka orang itu seorang yang pemarah.


Unsur Air
Unsur ini mendominasi 70% dalam badan kita. Sebab itulah kita amat bergantung kepada sesuatu yang berkaitan dengan air. Sebagai contoh manusia amat memerlukan air untuk hidup tanpa air manusia akan mati. Bagi mereka yang memahami unsure ini akan memiliki sifat seperti air yang tenang.

Unsur Tanah
Dalam Islam kita percaya bahawa manusia berasal dari tanah dan kita juga akan dikembalikan kepada tanah apabila kita mati. Sebab itulah unsur ini akan menhasilkan sesuatu yang bersifat semulajadi dan netural. Kita tahu tanah merupakan satu tempat untuk untuk kita bercucuk tanak seterusnya mengahasilkan sesuatu secara semula jadi. Untuk itu manusia dianggap sebagai satu ladang subur yang berpotensi untuk ditanam dengan unsur kebaikan yang akan membawa manfaat.

Unsur Api
Unsur ini kadangkala dianggap sebagai perosak kerana ia sinonim dengan bahaya dan kerosakan juga dikatakan unsur negative. Namun begitu tanpa unsur ini manusia akan menjadi pasif tanpa mempunyai keinginan dan harapan. Keinginan dan harapan ini tidak akan timbul tanpa adanya semangat dan semangat inilah yang kita katakan api. Unsur api ini sifatnya berkobar-kobar seperti semaangat yang membara untuk terus berjuang.

Unsur Udara
Udara sangat berkoloborasi dengan unsur api, tetapi ia juga boleh dikatakan sebagai musuh kepada unsur api. Sebagai contoh api akan bertambah marak jika terdapat banyak oksigen dalam udaratetapi sebaliknya api akan padam jika terdapat karbon dioksida. Unsur ini bolehlah di gambarkan sebagai pisau bermata dua kerana ia boleh menghidupkan tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh sangat mematikan. Unsur udara inilah yang akan berimplikasi dalam diri manusia samada positive ataupun negative.

Supaya senang difahami. Manusia yang pemarah biasabya mempunyai unsur api yang dominan. Sifat marah ini akan terus berkobar dengan adanya bantuan dari unsur udara yang membekalkan oksigen. Pada ketika inilah maka kita akan menjadi panas baran dan ini akan memberikan kesan negative kepada unsur lain seperti menjadikan unsur tanah menjadi kering kontang dan tidak subur lagi selain mendidihkan unsur air yang dapat menyejukkan hati manusia. Jika ini berlaku ia akan mempengaruhi sikap manusia itu sendiri.

Bagi mengawal keaadaan ini, kita juga boleh menggunakan unsur udara untuk mengawal unsur api tadi iaitu dengan mengoksidakan udara yang akan dapat membantu memadamkan unsur api tadi iaitu dengan cara mengatur pernafasan kita dengan bai maka akan berlakulah harmonisasi antara unsur api dan unsur air tadi yang akan memadamkan unsur api yang berkobar-kobar dengan kemarahan tadi. Setelah itu unsur air yang bersifat tenang dan menyejukkan hati akan memberikan kita jalan keluar terhadap sesuatu permasalahan dan manusia tersebut akan berusaha kearah kebaikan yang menjadi sifat kepada unsur tanah.

Begitulah serba sedikit mengenai 4 unsur yang menjadi tunjang dalam kehidupan manusia. Kempat-empat unsur ini saling berkaitan dan saling memerlukan walaupun terdapat satu yang dominan tetapi unsur yang lain akan dapat meneturalkan atau mengawal unsur yang dominan. Kerana itulah manusia ada pelbagai karenah dan ragam bergantung unsur yang ada dalam diri masing-masing.

Dalam penggunaan tenaga dalam amat menitik beratkan kepada 4 unsur ini. Ini kerana tenaga dalam berkerja menyeimbangkan kempat-empat unsur ini. Apabila 4 unsur ini seimbang maka  kita akan mampu memaksimumkan penggunaan 4 unsur ini  dan akan menghasilkan satu energi yang bersumberkan alam.

3 comments:

Anonymous said...

Ada yang beri tahu saya bahawa 4 unsur ini boleh lemah jika tidak di cas semula...bagaimana hendak mengecas semula 4 unsur ini jika ia lemah. Terima kasih

Ahmad, lawas

Anonymous said...

ya... saya juga ingin tahu cara mengecas semula 4 unsur ini..tq

Beaufort Paranormal Community said...

Mungkin istilah cas ini tidak sesuai digunakan. Adalah lebih baik kita menyebut menyempurnakan 4 unsur. $ unsur ini dapat di sempurnakan melalui solat. Di mana setiap bacaan dan pergerakan dalam solat mempunyai kaitan dengan 4 unsur ini...wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...