Mengasah kepekaan diri

Anda Suka? 

Setiap manusia dilahirkan dengan tahap kepekaan yang cukup. Namun begitu tahap kepekaan kita sering mengalami proses naik turun. Jika kenaikan atau penurunan yang sidikit itu tidak mengapa tetapi malangnya kita sering mengalami penurunan tahap kepekaan yang drastik. Untuk lebih mudah difahami bayangkan ketika kita berada di anak tangga, jika kita turun satu anak tangga maka kita masih sahaja berada pada tahap yang tinggi, tetapi jika terus terjatuh ke anak tangga terbawah kita akan mengalami banyak masalah contonya kecederaan. Begitu juga dengan tahap kepekaan kita. Jika tahap kepekaan kita jatuh menjunam maka kita tidak akan dapat mengesan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan susah untuk menerima ilmu yang dipelajari.

Untuk mengelakkan tahap kepekaan kita merosot maka kita hendaklah sentiasa melakukan penyucian minda atau amalan kebatinan. Kenapa? Ini kerana dalam diri kita akan sering berlaku pertentangan antara minda dan jiwa kita makan akan terciptalah situasi malas dan perasaan sia-sia untuk mengamalkan segala ilmu yang ada. Dengan pelbagai masalah dan pertentangan dalam diri kita akan mengakibatkan tahap kepekaan kita akan jauh merosot.

Bagaimana untuk mengatasi pertentangan dalam diri kita? Mudah sahaja iaitu fokus. Menyedari kehadiran konflik dalaman merupakan satu cara yang paling berkesan untuk mengatasi segala pertentangan dalam diri kita. Contonya jika kita meresa sakit pada jari yang dibengkokkan secara paksa kemudian kita fokus kepada kesakitan hingga hilang rasa sakit tersebut sebelum kita melepaskan jari kita dalam keadaan releks. Minda kita akan mengarahkan jari kita untuk bengkok tetapi fizikal kita melawan ini akan menimbulkan pertentangan yang akan membawa kesakitan. Kesakitan ini dapat diatasi apabila kita sedar akan kesakitan tersebut dan kita fokus hinggakan kita melepaskan jari kita kembali.

Dengan kesedaran inilah maka kita akan dapat melupuskan pertentangan dalam diri kita. Kesedaran umpama satu niat yang akan mendorong kita untuk terus berusaha mengatasi segala permasalahan yang tercipta dalam diri kita. Tetapi tanpa ada kekuata pada niat kita maka kita tidak akan memiliki energi untuk menghapuskan segala konflik kita. Kita umpama membiarkan diri kita terus dikuasai oleh pertentangan yang terhasil dalam diri kita hinggakan kita terus lena dengan ke engganan dan berlakulah penolakkan untuk satu perubahan dalam diri kita.

Oleh itu untuk terus mengasah kepekaan diri maka belajarlah untuk fokus dan penuh kesedaran untuk mengatasi segala pertentangan dalam diri kita bagi mengelakkan kita terus diperhambakan oleh sesuatu yang ingin menguasai kita dengan cara memperhambakan diri kita. Apabila tahap kepekaan kita tinggi maka akan mudahlah kita untuk menguasai banyak ilmu yang bermanfaat seperti tenaga dalam dan juga ilmu perubatan samada tradisonal mahupun moden. Banyakanlah berguru dan bermuzakarah dengan orang-orang yang bijak serta tinggi ilmunya agar kita dapat manfaatnya. Wallahualam.


Mr Paranormal

1 comment:

Anonymous said...

artikel yang baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...