Entiti Di Membakut

 
Baru-baru ini Team BPC ada menerima satu gambar dari seorang sahabat. Menurut beliau gambar ini merupakan satu kemalangan ngeri yang berlaku di jalan Membakut yang telah mengorbankan 2 nyawa. Dan menurut beliau terdapat satu entity yang terdapat dalam gambar tersebut berjampirang dengan mayat mangsa kemalangan.
 

Terpulanglah pada sahabat semua untuk menilainya namun perlu diingatkan bahawa kejadian-kejadian sebegini tidak mustahil berlaku walaupun dalam keadaan dunia yang serba canggih dan moden ini. Bukankah Allah telah berfirman yang maksudnya “ Tidak aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah kepaada Ku”  dari ayat tersebut jelaslah selain manusia masih ada makhluk lain yang berkongsi dengan manusia di dunia ini iaitu jin dan jin adalah sesuatu yang ghaib.

Sedikit cerita berkaitan dengan jalan tempat berlakunya kemalangan tersebut. Kawasan tersebut memang sering berlaku kejadian kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa. Dengan keadaan jalan yang baik makan kejadian-kejadian kemalangan ini akan menimbulkan sedikit sebanyak spekulasi mengenai kewujudan makhluk ghaib yang menjadi penunggu jalan di kawasan tersebut. Samada benar atau tidak hanya Allah yang mengetahui dan kita sebagai hambanya wajib meminta pertolongan dan perlindungan dari Allah.

Pihak BPC menasihatkan agar sesiapa yang melalui jalan tersebut agar berhati-hati dan sentiasa memohon perlindungan dari Allah. Namun begitu kita juga kena redha dengan Qada dan Dadar dari Ilahi. Tujuan BPC bukanlah untuk menakut-nakutkan para pengguna jalanraya, tetapi sekadar nasihat agar kita sentiasa berhati-hati walau dimana kita berada.

Terima kasih kepada sahabat ku Mohd Bell yang telah berkongsi info ini.

9 comments:

Anonymous said...

Seperti rupa penanggal...

Anonymous said...

ni sa d kg sana tamparuli pggil tu 'kovun'.. suka p tmpt urg mati

Anonymous said...

balan-balan bah ni...ada satu kawasan banyak ni barang..

Anonymous said...

aku ingat d kota belud ja ada ni barang...rupanya samapai udah d tamparuli...dasyat ehhh

Anonymous said...

samaja bah tu penanggal, balan-balan atau kovun...semua pun merujukmakhluk yang sama...

ada nama lain ka untuk makhluk ini...kongsilah daptjuga tambah perbendaharaan kata kita org

Anonymous said...

Masyarakat bugis panggil poppokang uuntuk makhluk ini...

Anonymous said...

Terima Kasih pada pihak BPC kerana menyiarkan gambar yang saya berikan kepada BPC. Tujuan utama saya mengirimkan bukanlah untuk menakut2kan atau taksub dengan benda sebegini, cuma mohon penilaian masing2 dari kalangan masyarakat mengenai subjek yg nyata ada di dalam gambar tersebut. Saya ada jugak mendapat respon dari golongan anti-paranormal, mereka berpendapat subjek tersebut adalah biasan daripada air hujan pada masa kejadian. Terpulang kepada pendapat masing2 kerana hal sebegini memang bersifat subjektif mengikut keyakinan, kepekaan dan kajian masing2.. Terima kasih sekali lagi pada BPC...

Mohd BEL

Beaufort Paranormal Community said...

Kehadiran makhluk ghaib ini merupakan satu perkara yang pasti. Namun keran ia tidak bersifat ghaib maka tidak semua orang dapat melihatnya. Kerana itulah ramai yang tidak percaya. Sebab itulah BPC ditubuhkan bagi meneroka alam mistik serta kejadian-kejadian paranormal yang sering berlaku. Bukan untuk menakut-nakutkan jauh sekali untuk memesongkan akidah. Tetapi sekadar satu penerokaan mistik yang di luar batas kemampuan logik.

Terima kasih buat sahabatku Mohd Bel atas gambar yang dikirimkan. Dengan adanya gambar ini sekurang-kurangnya ramai pihak yang akan berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut. Terpulanglah pada individu untuk menilai. Kerana tidak semua insan bertuah dapat mengalami suasana paranormal seperti sahabat.

Anonymous said...

balan-balan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...