Mambuka mata batin


Indera ke 6 merupakan satu lagi anugerah Allah kepada setiap hambanya, ia ibaratkan sebuah cermin yang dapat memperlihatkan kita sesuatu yang bersifat ghaib. Pada dasarnya setiap manusia mempunyai mata batin yang pada mulanya Allah ciptakan dalam keadaan suci dan bersih namun lama kelamaan sifat-sifat suci ini mula di kotori dengan sifat buruk yang lebih berbentuk keduniaan atau kebendaan.


Pernahkah anda melihat kanak-kanak yang masih kecil menangis ketakutan kerana melihat sesuatu yang kita sebagai orang dewasa tidak dapat melihatnya. Ini kerana kanak-kanak masih mempunyai hati yang bersih berbanding orang dewasa yang hatinya penuh dengan sifat-sifat keduniaan. Tidak hairanlah jika kanak-kanak sering dapat melihat sesuatu yang bersifat ghaib dan juga mudah menerima pelajaran.

Tempat mata hati adalah Qalbu ( hati nurani ) yang selalu berubah setiap saat sesuai dengan perbuatan manusia jika berbuat jahat akan lupa kepada Allah maka Qalbu itu menjadi kotor dan jika berbuat baik atau berzikir Qalbu itu akan bersih kembali. Hadis nabi ada menjelaskan perkara ini yang bermaksud Hati manusia itu ibarat sehelai kain putih yang apabila manusia itu berbuat dosa maka kotorlah kain putih tersebut dengan satu titik noda kemudian jika sering berbuat dosa lambat-laun sehelai kain putih itu berubah menjadi kotor / hitam". Jika hati nurani sudah kotor maka terkunci nuraninya akan sulit menerima petunjuk dari Allah.
Namun begitu kita dapat melatih semula nurani kita agar mata batin kita kembali jernis seperti sediakala dan dapat melihat kepada sesuatu yang bersifat ghaib. Pada dasarnya terdapat 4 peringkat yang perlu dilalui untuk kembali memebersihkan mata batin kita iaitu :
  1. Membersihkan hati dari sifat-sifat buruk seperti dengki, iri hati dan segala jenis penyakit hati dan juga sesuatu yang bersifat keduniaan yang tidak membawa kepada manfaat.
  2. Meneguhkan hati dengan meningkatkan tahap keyakinan kita kepada Allah serta membuang segala hayalan-hayalan yang melenakan.
  3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan sering melaksanakan solat dan berzikir pada malam hari. Kerana kesunyian malan dapat menambah kekhusukan hati dalam beribadah.
  4. Selalu bermunajad (memohon kepada Allah) dan beristikharah (meminta petunjuk dari Allah) semoga usaha kita diberkati Allah.
Bagaimana hendak membuka mata batin.
Terdapat pelbagai kaedah untuk untuk membuka mata batin antaranya melalui seorang guru yang akan menolong membuka panca indera kita. Namun begitu terdapat juga beberapa amalan yang boleh dijalankan untuk membuka mata batin bergantung kepada perguruan yang disertai tapi sebaik-baiknya biarlah berlandaskan Al-Quran agar tidak terpesong akidah.

Terdapatjuga beberapa amalan yang memerlukan pengamalnya untuk bertapa, atau melakukan beberpa ritual dan upacara yang diyakini dapat menguatkan batin seseorang. Namun begitu adalah dinasihatkan agar berhati-hati agar tidak terpesong dengan amalan-amalan yang khurafat.

Antara amalan yang boleh digunakan untuk membuka mata batin ialah :
  • Berzikir Ya-Khobir sebanyak 70x
  • Membaca surah Al-Mulk ayat 14 70x
  • Surah Al-an’am ayat 103 70x
  • Membaca Allahumma ya bathinu, ya bathinu, ya bathinu 300x
  • Istighfar 70x
  • Selawat Nabi 70x
  • Al-Fatiha 1x
  • Al-Ikhlas 3x
  • Al-Falaq 1x
  • An-Nass 1x
  • Ayat Qursy 10x
  • Mengucap duklimah syahadah 1x
  • Lalu baca doa “Allahuma ya bathinu, Ya Allah berikanlah aku kemampuan untuk melihat benda-benda ghaib dari wirid yang aku amalkan ini kedalam tubuhku dan hatiku serta lindungilah aku dari segala kejahatanyang membinasakan aku.”
  • Lailahaillah (sebanyak mungkin)
Amalan ini tidak memerlukan puasa hanya memerlukan keikhlasan hati dan nawaitu kerana Allah serta tawakal. Digalakkan selepas selesai solat khususnya solat maghrib dan subuh serta solat tahajjud membaca :
  • Al-Fatiha 7x yang ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW
  • Al-Fatiha 7x yang ditujukan kepada wali-wali Allah
  • Membaca Ya sayyidi ya rasulullah selama 30 minit dengan penuh khusyuk
  • Boleh ditambah dengan kalimah toyyyibah iaitu Lailahaillah 3000x
InsyaAllah jika dilakukan dengan ikhlas maka hati akan terang dan pintu ilmu ghaib akan terbuka sehingga anda dengan mudah melihat segala sesuatu yang bersifat ghaib.

Namun begitu untuk lebih mudah maka saya nasihatkan anda untuk mendalami dahulu ilmu agama sebelum anda masuk kedalam dunia ghaib dan paranormal. Ini dikuatri akan memesongkan akidah. Pada post akan datang saya akan berikan pula bagaimana hendak menguatkan mata batin kita.

Wallahualam

3 comments:

Anonymous said...

xda apa2 ka tu kalau kita dapat lihat benda2 ghaib ni..

Anonymous said...

xda apa2 kot...hehehehe...

Beaufort Paranormal Community said...

Nawaitu untuk melihat benda2 ghaib ini kena betul. Jgn hanya untuk menunjuk2 sahaja dan mohon perlindungan dari Allah. InsyaAllah tidak akan berlaku apa2..wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...