Menguatkan cahaya batin



Mata batin atau dalam istilah tasaufnya  iaitu Al-Bathiniah merupakan indera ke 6 kurniaan Allah kepada kita. Jika entry sebelum ini saya memberikan bagaimana hendak membuka mata batin dan kali ini pula saya akan sertakan bagaimana hendak menguatkan cahaya batin mengikut kaedah Islam. Bagi pembaca bukan Islam tidak masalah untuk anda terus membancanya sebagai pengetahuan untuk anda. Kalau ada kelapangan saya akan kongsikan pula dengan anda teknik-teknik lain yang boleh digunakan bagi memperkuatkan dalaman anda melalui teknik pernafasan.

Dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan cahaya batin anda, beberapa kaedah harus anda lakukan sebagai sumber meningkatkan kemampuan batin anda iaitu :


ZIKIR
Jika jasad kita perlu makanan untuk suber tenaga, maka batin kita juga perlu makanan untuk terus cemerlang. Apa makanan untuk batin? Jawapanya ialah zikir. Zikir ialah makanan batin. Zikir memiliki pengaruh yang kuat dalam kecemerlangan cahaya batin. Hati yang selalu terisi dengan Cahaya Zikir akan memancarkan Nur Allah dan keberadaannya akan mempengaruhi perilaku yang serba positif. Hikmah zikir ini amak baik bagi mereka yang ingin membangukan indera ke 6 (mata batin) kerana melalui zikir ini akan dapat melatih hati kita untuk lebih tenteram dan akan menimbulkan sifat ikhlas selain sebagai satu cara untuk kita berinteraksi dengan Allah.

Dalam sebuah Hadist berkata, bahwa dengan selalu mengingat Allah menyebabkan Allah membalas ingat kepada seorang hamba-Nya "Aku selalu menyertai dan membantunya, selama ia mengingat Aku" karena itu, agar Allah senantiasa mengingat Anda, perbanyaklah mengingat-Nya dengan selalu berzikir.

Ada hal-hal yang tersembunyi dibalik zikir kalimah Toyyibah iaitu kalimah "La ilaha illallah" pertama, zikir ini disebut sebagai sebaik-baiknya zikir, berdasarkan hadist riwayat Nasa'i, Ibnu Majjah, Ibnu Hibban, dan Hakim "Afdhaluzd dzikri La ilaha Illallaahu" yang ertinya : sebaik-baik zikir adalah La ilaha illallah.

Kemudian pada hadis yang lain disebutkan bahwa dengan zikir kalimah Toyyibah ini menyebabkan pintu langit terbuka, selagi yang membaca kalimah itu orang yang menjauhi dosa-dosa besar. Sepanjang zikir ini diamalkan secara tulus ikhlas Allah akan meningkatkan potensi manusia yang mengamalkan zikir tersebut.

Dalam hadist Qudsy tersurat : "Barang siapa disibukkan berzikir kepada-Ku sehingga tidak sempat memohon dari-Ku maka Aku akan memberikan yang terbaik dari apa saja yang Ku berikan".

Doa
Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Maka untuk itu perbanyakkanlah berdoa kepada Allah semoga kita dikurniakan hati yang tenang dan juga keperibadian yang cemerlang. Berdoalah agar Allah menjauhkan kita dari segala sifat-sifat mazmumah yang boleh menjadikan hati kita gelap dan hitam.

Banyakkanlah juga mendoakan kebaikan untuk orang lain ini kerana jika kita mendoakan kebaikan untuk orang lain maka secara tidak langsung kita juga turut mendapat faedah dari doa tersebut seterusnya akan menimbulkan nilai keikhlasan yang tinggi dan akan menyemarakkan lagi cahaya batin kita.

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Ada hadis yang mengatakan ”Barang siapa berselawat kepada Ku dalam sehari sebanyak 100 kali, Maka Allah akan memenuhi 100 hajatnya, 70 daripadanya untuk kepentingan akhiratnya dan 30 lagi untuk kepentingan dunianya”. Dari hadis tersebut jelaslah betapa besarnya fadilat berselawat ke atas Nabi. Terdapat juga hadis yang mengatakan "Setiap doa itu terdindingi, sampai dibacakan Shalawat atas Nabi ". (HR. Ad- Dailami). Maka untuk itu setiap doa hendaklah disertakan dengan selawat.

Makanan Halal dan Bersih
Seseorang yang mahu memiliki kekuatan batin bukan sahaja untuk membuka pandangan batinnya tetapi secara keseluruhannya hendaklah menjaga soal makannya juga. Makanan yang di makan hendaklah dari sumber yang halal dan bersih. Kesan dari memakan makanan yang haram akan menyebabkan hati menjadi keras dan susah untuk menerima sesuatu yang positif dan sukar mendapat kekhusyukan dalam beribadah. Memakan makanan dari sumber yang haram juga akan menyebabkan hati menjadi kotor sehingga meneggelamkan cahaya batin.

Berpantang dari melakukan dosa besar
Hal ini wajib dilakukan bukan sahaja untuk menguatkan cahaya batin kita tetapi haruslah menjadi amalan kita seharian.

Ikhlas dalam semua pekara
Seseorang yang memiliki hati ikhlas, tidak tamak dengan hal dunia lebih memiliki kepekaan dalam menyerap pelajaraan ilmu batin. Secara logiknya, orang yang berhati ikhlas lebih mudah memusatkan konsentrasinya pada satu titik tujuan, hinggakan ia mampu untuk mengawal segala aliran energi yang ada dalam badannya.

Rasullullah SAW pernah didatangi seorang sahabat yang ingin meminta petunjuk agar disukai Allah SWT dan disukai sesama manusia. Rasullullah bersabda : "Jangan tamak dengan harta dunia, tentu Allah akan menyenangimu, dan jangan tamak dengan hak orang lain, tentu banyak orang yang menyenangimu ".

Hadis ini jika dikaitkan dengan kehidupan para spiritualis mereka memiliki power pertama kali disebabkan karena kharismanya, jika seseorang itu banyak disukai orang maka apa yang diucapkan pun akan selalu dipercaya. Sebaliknya walau orang itu berilmu tinggi tetapi kalau tidak disukai orang maka apa yang diucapkannya pun tidak akan ada yang percaya.

Berpuasa
Secara logik, puasa adalah satu bentuk kesungguhan yang diwujudkan dengan menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa. Hanya orang-orang yang bersungguh-sungguh sahaja yang sanggup melakukannya. Proses ini jika dilihat dari sisi ilmu batin, menunjukan bahwa kesungguhan memprogram niat itu yang akan menghasilkan kelebihan-kelebihan ysng mrnjsdikan seseorang itu begitu luar biasa.

Hati yang diprogram dengan bersungguh-sungguh akan menghasilkan seseuatu yang luar biasa. Karena itu dalam mempelajari ilmu batin, puasa amat diperlukan dan sering menjadi syarat utama. Karena didalam puasa itu tidak hanya bermakna melaparkan diri semata-mata. Lebih dari itu, berpuasa memiliki tujuan mengawal nafsu yang sering menjadi tunggangan syaitan.

Dengan mengawal nafsu secara tidak langsung dapat meninggikan taraf spiritual manusia, sehingga orang yang berpuasa doanya makbul dan apa yang terusik dalam hatinya sering menjadi kenyataan.

Demikianlah serba sedikit panduan untuk kita memperkuatkan cahaya batin semoga bermanfaat untuk semua. Wallahualam…

3 comments:

Anonymous said...

Bayakkan solat sunnat juga mampu menguatkan cahaya batin kita

Beaufort Paranormal Community said...

Betul.. Tetapi jgn hanya menjaga solat sunnat tetapi solat yang wajib di tinggalkan..Selain solat sunnat, puasa juga boleh menguatkan batin kita..Wallahualam

Farysha said...

btl3....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...