Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan M
aha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]
Assalamualaikum.. Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fadilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat. Perlu di ingat, KURSI yang dimaksudkan bukanlah tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Ramai diantara kita yang sudah tahu mengenai ayat Kursi. Namun begitu saya yakin ramai yang tahu bahawa ayat Kursi Cuma digunakan ketika perasaan takut menguasai diri atau dalam ertikata lain dibaca untuk dijadikan pelindung diri. Itu pn di baca dalam keadaan takut yang menguasai diri hinggakan kita sendiri tidak tahu bahawa ayat yang kita baca itu tepat atau tidak. Cukup hukum hakamnya atau tidak.
Sebaik-baiknya ayat Kursi dijadikan amalan hinggakan ia sebati dalam diri kita. Bukan dibaca ketika perasaan takut mengusai diri sahaja. Jika ayat Kursi sudah sebati dalam diri kita, kita akan mendapat banyak faedah di samping pahala yang berlipat kali ganda dari Allah SWT.
Antara fadilat yang boleh diperolehi ialah :-
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya
- Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh
- Orang yang membaca ayat Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah
- Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga
- Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya
- Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari
- Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid
- Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya
- Barang siapa yang membaca ayat Kursi selepas solat maka akan di pelihara akan dirinya dari kezaliman para pemerintah yang kejam.
- Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
- Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
- Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
- Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
- Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Pada suatu ketika Abu Hurairah diperintahkan untuk menjaga Baitulmal (Perbendaharaan Negara). Suatu hari seorang pencuri telah mencuri sedikit makanan daripada Baitulmal. Setelah menyedari perkara tersebut, dengan pantas Abu Hurairah menangkap pencuri tersebut . Pencuri tersebut telah merayu kepada Abu Hurairah supaya dilepaskan kerana dia seorang miskin dan mempunyai ramai anak yang perlu ditanggung. Pencuri tersebut memohon supaya dibebaskan kerana kesalahan tersebut merupakan kesalahan pertama baginya. Oleh kerana Abu Hurairah merasa kasihan, beliau telah melepaskan pencuri tersebut sambil memberi amaran supaya tidak lagi melakukan kerja tersebut.
Pada pagi esoknya Abu Hurairah mengadap Rasulullah dan menceritakan peristiwa yang telah berlaku pada malam tadi. Rasulullah berkata "Pencuri tersebut bercakap bohong dan dia akan datang lagi pada malam esoknya.
Pada malamnya Abu Hurairah mempertingkatkan lagi kawalan di sekitar Baitulmal supaya pencuri itu tidak dapat lagi mencuri. Walaupun kawalan diperketatkan pencuri tersebut berjaya juga mencuri makanan daripada Baitulmal. Tetapi nasib pencuri tidak menyebelahinya, dan dia sekali lagi ditangkap. Kali ini Abu Hurairah mengugut akan membawanya kepada Rasulullah. Dengan perasan hiba pencuri tersebut merayu sekali lagi bahawa dia mencuri disebabkan kemiskinan yang dialaminya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kali ini Abu Hurairah merasa kasihan dan melepaskan pencuri tersebut.
Pada pagi esoknya Abu Hurairah menceritakan sekali lagi kepada Rasulullah akan peristiwa yang berlaku pada malam tadi dan beliau telah melepaskanya kerana berasa kasihan diatas rayuan yang dibuat oleh pencuri tersebut. Rasulullah sekali lagi berkata bahawa pencuri tersebut juga berbohong dan akan datang lagi pada malam ini untuk mencuri.
Pada malamnya Abu Hurairah sekali lagi mengetatkan kawalan supaya puncuri tersebut tidak dapat mencuri. Kali ini Abu Hurairah akan lebih berhati-hati. Setelah menunggu agak lama ternampaklah bayang-bayang pencuri tersebut datang dan mencuri makanan dari Baitulmal. Pada kali ini juga pencuri tersebut dapat ditangkap dan sekali lagi pencuri tersebut merayau seperti malam sebelumnya. Abu Hurairah berkata di dalam hatinya bahawa dia tidak akan memperdulikan rayuan pencuri tersebut serta mengenggam dengan kuat tangan pencuri tersebut. Menyedari keadaan ini pencuri tersebut berfikir bahawa dia tidak akan terlepas pada kali ini dan sudah pasti akan menerima hukuman, lalu dia berkata "Mahukah kamu aku ajarkan beberapa ayat yang sangat berguna". Kata Abu Hurairah "Apakah ayat tersebut". Pencuri tersebut memberitahu " Bacalah ayat kursi dari awal hingga akhir ayat sebelum kamu tidur nescaya kamu terselamat daripada gangguan syaitan sehingga pagi". Setelah mendengar kata-kata pencuri tadi, Abu Hurairah membebaskan pencuri tersebut.
Pada pagi esoknya, Abu Hurairah mengadap Rasulullah dan menceritakan kepada baginda akan peristiwa malam tadi bahawa pencuri tersebut mengajarnya beberapa ayat dan apabila dibaca ianya akan terhindar daripada gangguan syaitan sehingga pagi. Berkata Rasulullah "Apakah ayat tersebut". Abu Hurairah berkata "Ayat tersebut adalah ayat kursi". Berkata Rasulullah "Pencuri itu berkata benar walaupun ia adalah pendusta." Berkata lagi Rasulullah "Tahukah kamu siapa dia pencuri tersebut" Abu Hurairah menjawab "Tidak tahu" "Dia adalah syaitan." kata Rasulullah.
1 comment:
terima kasih admin..
Post a Comment