Kisah ini berlaku pada penghujung tahun 2008 yang mana sekolah saya telah mengadakan satu majlis keramaian bagi meraikan para pelajar yang telah berjaya dalam aktiviti sukan dan akademik. Saya ditugaskan untuk menyediakan khidmat siaraya atau P.A System kerana secara kebetulan, saya juga menyediakan khidmat ini untuk majlis-majlis perkahwinan, keramaian dan sebagainya.
Setelah majlis selesai, iaitu kira-kira pada jam 11.45malam, saya seperti biasa mengemas segala peralatan yang digunakan untuk pulang ke rumah di Menumbok. Perjalanan ke rumah mengambil masa lebih kurang 35 minit. Setelah semua peralatan dimasukkan ke dalam kereta, saya melihat jam sudahpun menunjukkan jam 12.30 tengahmalam. Namun ini merupakan perkara biasa bagi saya malah saya pernah pulang ke rumah pada jam 3.00 pagi.
Dalam perjalanan, saya hanya memikirkan untuk segera sampai ke rumah kerana mata saya sudah mula mengantuk. Justeru saya meningkatkan kelajuan kereta saya. Sampai di satu kawasan berbukit, terdapat satu lampu jalan yang malap. Pada mulanya saya tidak perasaan mengenai lampu jalan tersebut sehinggalah saya melaluinya. Secara tidak semana-mana, saya tertoleh kearah lampu jalan tersebut dan alangkah terkejutnya saya apabila dengan jelas dapat melihat kelibat satu lembaga berkain putih tanpa kepala sedang melambai-lambai kearah saya. Saya yang terkejut terus memecut kereta dan sempat melihat melalui cermin pandai belakang dan saya sekali lagi terperanjat apabila melihat lembaga tersebut sedang bergerak mengejar kereta saya. Saya membaca surah-surah yang sempat saya ingat pada masa itu dan saya tidak berani untuk melihat cermin pandang belakang lagi sehinggalah saya sampai di rumah. Saya masih merasakan lembaga tersebut berada di luar rumah memandangkan bunyi salakan anjing dan riuh rendah dari reban ayam jiran tiba-tiba sahaja silih berganti. Saya nekad memasang radio bacaan ayat suci al-quran sehinggalah saya tertidur.
Kisah ini menjadi pengajaran kepada saya dan sejak itu saya akan pastikan saya akan membawa teman apabila mempunyai urusan yang menyebabkan saya pulang lewat malam. Sekian…
Mohd Bell
4 comments:
kawasan bukit di berangkok tu memang famous tu.. ramai orang sdh terkena..
Bell
pensan udah aku kalau aku yg jumpa...
Bah geng BOC mau p bukit tu ka...? kalau mau jgn lupa sound aku aaa
jo
adakah bnar hantu memang wujud?saya rasa hantu tak wujud n ia hanya halusinasi org sahaja...
Post a Comment