Terbaru dari BPC Team Seekers

Anda Suka? 

Ini buah tangan terbaru dari BPC Team Seekers. Gambar ini di ambil ketika sesi cabaran BPC Team Seekers baru-baru ini cuma baru sahaja kami perasan terdapat satu entiti sedang merenung tajam kearah kamera walaupun agak terlindung dengan ranting.


Menurut Adi (orang yang merakam gambar ini), pada waktu itu di mendengar suara perempua ketawa lalu dia mengambil gambar di kawasan sekitar. dan hasilnya ialah satu entiti yang merenung tajam kearah kamera.

Sebelum gambar ini diterbitkan dalam blog BPC, pihak BPC Team Seekers telah membincangkan mengenai objek ini dan kami sebulat suara mengatakan bahawa imej tersebut adalah dalam kategori Vortex (mengenai vortex sila ikuti artikel berkaitan dengan paranormal fotografi) iaitu peringkat ketiga dalam kewujudan makhluk halus. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira keadaan persekitaran dan juga situasi ketika keadaan ini diambil.

Mungkin inilah yang masyarakat kita selalu katakan sebagai pontianak. Aktiviti BPC Team Seekers akan terus dijalankan. Pihak kami mengalu-alukan atas segala respon yang telah diberikan. Kami juga mengharapkan agar para pembaca dapat menyalurkan maklumat mengenai kawasan yang dianggap keras di kawasan anda. Bagi sesiapa yang berminat untuk bersama dalam aktiviti kami bolehlah menghubungi en Adi melalui email aku_boss@yahoo.com.

5 comments:

Anonymous said...

menyeramkan...

Relax and cool said...

dimana tempatnya ne?.. :)

Anonymous said...

D kg bakalau

Anonymous said...

Bakalau sblah mana,aku ni pun tinggal dakat2 bakalau,selalu aku jalan kaki balik dari pekan tngah2 malam,ada jugalah aku nmpk mcm lain2,bulu2 romaku kembang...

Beaufort Paranormal Community said...

di kawasan berhampira dengan kawasan perkuburan cina..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...