Rahsia dan Kelebihan kayu Kokka

Anda Suka? 

Setiap Ciptaan Allah pasti mempunyai manfaat samada yang diketahui secara umum ataupun yang masih menjadi rahsia dan menjadi tugas manusia untuk mengkaji dan meneroka manfaat segala ciptaan Allah. Allah tidak akan menjadikan sesuatu secara sia-sia. Mungkin ramai yang telah mengetahui mengenai kayu Kokka. Kayu Kokka merupakan sejenis kayu yang terdapat padanya pelbagai rahsia dan manfaat seperti penawar, pelindung dan peyembuhan lebih-lebih lagi jika digunakan dalam bentuk tasbih.


Terdapat beberapa 3 jenis kayu Kokka iaitu kayu Kokka Nigeria, kayu Kokka Iran dan kayu Kokka Turki. Kayu Kokka telah pun digunakan sejak dari zaman nabi-nabi terdahuli seperti Nabi Nuh a.s menggunakan kayu Kokka untuk dijadikan bahtera manakala tngkat Nabi Musa a.s juga diperbuat dari kayu Kokka. Jadi tidak hairanlah jika kayu Kokka mempunya 1001 khasiat dan manfaat.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
  1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.
  13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
  Namun begitu penggunaan kayu Kokka perlulah berhati-hati dengan bahaya syirik. Ini bukan bermakna bahaya kayu Kokka itu tidak baik. Tetapi jika penggunanya beranggapan bahawa segala sesuatu itu berasal dari kuasa kayu Kokka dengan menafikan kuasa Allah ini merupakan satu dosa besar kerana segala sesuatu itu datangnya dengan izin Allah. Tanpa izin Allah kayu Kokka hanyalah sebua kayu biasa.

wallahualam...

4 comments:

Anonymous said...

Saya ada sebentuk cincin dari kayu koka..mmg brkesan utk skt kepala

Beaufort Paranormal Community said...

terima kasih atas perkongsiannya

Dol said...

mengikut rawatan ust jahid dr perubatan al manarah kuang, benda2 yg dikatakan ada kelebihan seperti kokka tidak boleh dipakai.

sila search utk rujukan lanjut.

Anonymous said...

pada pendapat saya pula.. tidak salah menggunakan kayu koka sebagai medium rawatan asal kita tahu dan yakin bahawa kesembuhan itu datangnya dari Allah bukan dari kayu koka tersebut.. Pasti Allah jadikan kayu koka untuk di manfaatkan oleh manusia dengan segala kelebihan.. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.. wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...