Penerokaan di kawasan padang terbiar

flying rods dan juga orbs yang kelihatan dalam gambar
Hasil cerita yang sering terdengar mengenai kewujudan makhluk halus di kawasan ini telah menarik BPC Team Seekers berkunjung ke kawasan padang yang telah lama terbiar dan tidak digunakan lagi. Menurut cerita penduduk sekitar penampakan kewujudan makhluk halus semakin kerap kelihatan selepas satu kejadian bunuh diri berlaku di kawasan tersebut sehinggakan ada yang mendakwa melihat jelmaan yang menyerupai orang yang menbunuh diri tersebut berkeliaran di sekitar padang dan juga jalan raya yang berada berhampiran padang tersebut.


Atas cerita tersebut 5 orang BPC Team Seekers telah berada di kawasan tersebut seawal jam 10 malam. Kehadiran kami pada awal malam ini dengan harapan dapat berjumpa dengan beberapa penduduk sekitar kawasan tersebut bagi mendapatkan kesahihan cerita tersebut. Melalui maklum balas yang kami dapat kawasan tersebut memang sering kelihatan makhluk halus terutama ketika lewat malam. Penduduk terbabit juga berbaik hati untuk menujukkan kawasan yang didakwa sering kelihatan makhluk tersebut walaupun tidak bersedia untuk bersama-sama kami sehingga akhir sesi.

Menggunakan kamera digital kami telah mengambil banyak gambar di kawasan padang dan juga jalan raya yang ditujukkan kepada kami. Perlu diakui memang kawasan tersebut terdapat beberapa aktiviti makhluk tersebut namun malangnya kami hanya dapat merakamkan beberapa gambar dalam betuk ORBS, Flying rod dan juga Ectopalsm. Namun harapan kami untuk melihat sendiri kewujudan makhluk tersebut terutama jelmaan orang yang mati bunuh diri tersebut seperti yang didakwa penduduk sekitar gagal. Namun kami tetap berpuas hati dengan hasil yang kami dapat walaupun sedikit. Sesi kami berakhir pada jam 4.00 pagi








1 comment:

Anonymous said...

Blh join ka,aktiviti ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...