BPC Team Seekers video

Anda Suka? 
video
Kali ini aktiviti kami agak berlainan dari biasa. Jika sebelum ini kami hanya bergerak dan mengambil gambar, tetapi kali ini kami menggunakan seorang sahaja dan kami letakkan dia di satu kawasan rumah yang telah terbakar milik seorang lelaki yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.


Lebih baik saya perkenalkan medium kami yang begitu berani tinggal seorang diri bagi merasakan sendiri aktiviti-ativiti energy yang berlaku akibat dari kewujudan makhluk halus di kawasana tersbut. Medium kami berna Ali dan baru berumur 18 tahun. Ali kami tinggalkan di kawasan dapur rumah berkenaan yang tidak terbakar sambil diawasi dengan menggunakan kamera oleh ahli BPC team seekers yang lain.

Menurut maklumat dari penduduk sekitar, kawasan rumah berkenaan sering terilhat entiti makhluk halus yang berkeliaran. Walaupun masih belum ada gangguan yang berlaku kami tetap pergi ke kawasan rumah tersebut bagi membuktikan sendiri dakwaan berkenaan. Untuk itu kami memilih seorang yang sanggup untuk menjadi medium bagi merasakan sendiri pengalaman melihat makhluk berkenaan. Ali menawarkan diri setelah tiada yang sanggup untuk berada sendirian di kawasan rumah berkenaan.

Terbukti ketika berada di rumah tersebut, Ali memang merasakan keujudan makhluk tersebut namun tidak dapat dirakam menggunakan kemera. Namun satu perkara yang perlu diketahui bahawa makhluk halus berkenaan tidak akan dapat mengapa-apakan manusia selagi manusia tersebut berpegang dan memohon perlindungan dari Allah dan Ali telah membuktikan sendiri perkara ini.

1 comment:

Beaufort Paranormal Community said...

Mungkin ada yang tidak faham dengan istilah medium yang saya gunakan. Saya akan jelaskan disini, medium adalah perantara untuk kita mengetahui sesuatu atau mendapatkan sesuatu> dalam hal ini kami menggunakan medium untuk melihat dan membuktikan keberadaan makhluk halus di kawasan tersebut memandangkan jika terlalu ramai makhluk berkenaan akan sukar untuk di lihat dan dibuktikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...