Polong
Polong adalah sejenis makhluk halus belaan seseorang biasanya bertujuan untuk memusnahkan musuhnya di samping untuk mencari wang secara penipuan. Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan menggunakan darah orang yang mati dibunuh yang disimpan kedalam botol yang bermulut panjang. Darah ini akan dipuja selama beberapa minggu menggunakan jampi serapah bertujuan membangkitkan semangat darah dalam botol tersebut.
Polong perlu diberi makan. Biasanya makanannya adalah dari darah tuannya sendiri. Apabila selesai pemujaan bunyi seperti mengerit akan kedengaran dari dalam botol tersebut. Maka tuannya akan menghiris jarinya sehingga berdarah kemudian dimasukkan kedalam botol tersebut untuk memberi makan polong peliharaannya.
Dalam perubatan melayu, banyak bomoh-bomoh penipu yang menggunakan polong dalam amalan perubatan mereka. Mereka sengaja mengenakan seseorang dengan polong peliharaannya kemudia bomoh tersebut akan berpura-pura mengubat pesakit kemudian menerima bayaran. Ini kerana polong yang telah merasuki manusia hanya akan keluar apabila tuannya mengarahkannya untuk keluar. Namun begitu polong yang telah merasuk manusia juga boleh dipaksa keluar oleh orang lain yang mengetahui kelemahan polong tersebut. Biasanya penggunaan biji lada hitam ditambah dengan doa-doa tertentu dapat memaksa polong tersebut keluar dan memberitahu siapa tuannya. Namun begitu adalah dinasihatkan untuk tidak mempercayai 100% kata-kata polong tersebut kerana khuatir ia hanya menipu bertujuan untuk menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat.
Terdapat beberapa tanda-tanda pada mangsa polong seperti kesan lebam pada mayat dan juga darah yang keluar melalui mulut.
Namun begitu perlu diingat bahawa membela polong adalah syirik dan sesat dalam agama Islam.
Posted dari
Beaufort Paranormal Community
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bagaimana hendak mengelakkan dari diganggu polong?
Post a Comment