Paranormal fotografi - ORBS (bola hantu)


Ramai yang bertanya bagaimana hendak mengetahui dalam gambar tu ada entiti atau tak. Sebenarnya dalam hal ini kita perlu melihat pada satu bidang fotografi iaitu paranormal fotografi. Dalam paranormal fotografi terdapat beberapa istilah yang mengaitkan tentang kewujudan entiti dalam sesuatu gambar. Perkara ini tidaklah memerlukan kemahiran khas dalam bidang paranormal seperti aura, scan, tenaga dalam atau sebagainya. Cukup sekadar pengetahuan dalam bidang fotografi.


Berbalik kepada topik asal iaitu paranormal fotografi. Dalam paranormal fotografi ini terdapat beberapa istilah yang digunakan seperti ORBS, ectolasm dan vortex. Terdapat juga istilah lain seperti flying rod, ghost dan sebagainya. Tapi untuk kali ini aku nak cerita tentang ORBS dahulu. Istilah yang lain tu nanti aku cerita pula.

ORBS ialah salah satu fenomena paranormal yang paling kerap terjadi. Namun begitu kebanyakkan orang mengatakan ORBS terjadi kerana kebocoran cahaya ketika gambar diambil.

Peranahkah anda melihat objek seperti bola cahaya dalam gambar anda seperti gambar di bawah.
Bola cahaya inilah yang di panggil ORBS. Namun begitu kita perlu juga boleh bezakan antara ORBS yang sebenar dengan yang bukan ORBS.

Gambar di bawah ini menunjukkan gambar bola cahaya yang terhasil dari habuk yang terhasil ketika musim kering atau kemarau. Ciri-ciri habuk ini walau pun agak serupa dengan ORBS tetapi dapat dibezakan dengan warna habuk itu sendiri dan mempunyai satu lapisan seperti cincin di bahagian luar..

Manakala gambar di bawah ini pula berkaitan dengan keadaan cuaca seperti hujan ataupun keadaan suhu pada waktu tengah malam yang boleh menghasilkan kabus. Cahaya flash kamera akan terpantul kembali apabila terkena hablur-hablur atau titisan air membentuk satu bulatan cahaya seperti ORBS.
Gambar di bawah ini juga merupakan salah satu kesan akibat dari cuaca hujan dimana titisan air telekat pada kanta kamera.

Semua gambar di atas lebih kurang sama dengan fenomena ORBS atau juga boleh dikenali dengan gambar bola hantu. ORBS mempunyai beberapa ciri-ciri yang membantu kita memastikan imej ORBS yang sebenar dan bukannya dari keadaan sekeliling seperti hujan, habuk, kabus dan sebagainya. Antara ciri-ciri ORBS ialah mempunyai corak tertentu seperi wajah dan sebagainya, mengeluarkan sumber cahaya sendiri, berbentuk sfera, mempunyai dimensi dalam bulatan dan yang paling penting ialah suasana dan juga tempat di mana gambar tersebut dirakamkan.

ORBS juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu ORBS, Fire Blast ORBS dan juga Supercharged ORBS. ORBS telah kita bincangkan di atas jadi tidak perlulah saya terangkan kembali. Manakala Fire Blast ORBS merupakan satu kejadian dimana ORBS berwaena merah. Keujudan Fire Blast ORBS ni agak sukar didapatkan. Manaka Supercharged ORBS berbentuk seperti cecacing. Supercharged ORBS tidak lagi berbentuk sfera tetapi sudah berubah panjang.

Keujudan ORBS ini dikaitkan dengan pergerakan energi yang dihasilakan oleh makhluk halus yang berada di kawasan tersebut. ORBS merupakan peringkat pertama bagi mengukur lavel makhluk halus mengikut istilah paranormal.

Di bawah ini contoh-contoh fenomena ORBS yang saya rakam sendiri ketika aktiviti BPC Team Seekers disatu kawasan perkuburan lama..

2 comments:

Anonymous said...

gambar mcm ni selalu la kita nampak terutama ketika bergambar pada waktu malam

basilexiao said...

Casino, Hotel & Casino - MapYRO
Hotels in Las Vegas, NV. (MapYRO). Las Vegas 경상북도 출장안마 Strip. A 3-minute walk from 충주 출장샵 The Orleans Hotel 제천 출장샵 and Casino, this hotel 당진 출장마사지 features 경상남도 출장마사지 5 restaurants

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...