10 perkara tentang jin yang perlu kita tahu


 
Sejauh mana kita kenal dengan Jin. Sebagai umat Islam kita wajib percaya keujudan Jin ini berdasarkan Ayat Al-Quran yang bermaksud "Tidak Ku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadat kepada Ku". Untuk itu jelaslah bahawa selain manusia terdapat lagi makhluk lain yang sama-sama berkongsi dunia ciptaan Allah ini. Namun begitu sejauh mana kita kenal akan jin. Kenal bukan bermaksud untuk bersahabat atau sebagainya tetapi sebagai persediaan untuk menangkis dan menghadapi gangguan yang timbul dari golongan jin ini.



Untuk itu dibawah ini terdapat 10 perkara yang perlu kita tahu tentang jin. Kredit info untuk Ramli yang emailkan maklumat ini.

1. Jin berasal Jann Azazil. Dicipta dari api yang berwarna biru, dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya. (Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij )

2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar maka Allah swt. melaknat dan memerintahkan mereka turun ke bumi. Secara umumnya Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Manakala ntuk kategori Syaitan kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya jin dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Selain asap kemenyan, asap rokok juga menjadi makanan Jin. Kepada perokok berhati-hatilah.

5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi , tandas dan kubur.

6. dinasihatkan apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Tidak perlulah untuk ucap perkataan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” sebab jin ini bukan datuk kita dan kita bukan cucu Jin.

7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang tanah.

9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar lagi.

10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali.

1 comment:

Anonymous said...

bahaya juga jin ini...boleh memudaratkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...