Gambar terbaru dari BPC Team Seekers

perhatikan imej dalam bulatan seolah-olah manusia pendek

Lama juga BPC tidak ada aktiviti, maklum sajalah semua sedang sibuk dengan tugas-tugas hakiki. Hujung-hujung tahun ini semua laporan perlu disiapkan bagi menutup tahun 2011. Namun begitu kesibukan ini tidak menghalang saya untuk terus memburu gambar-gambar paranormal yang ada di sekeliling kita.

 
Terbaru ketika saya hendak menyiapkan laporan aktiviti persatuan, saya terasa seperti ada sesuatu di bawah rumah saya. Mula-mula saya ingatkan kucing atau binatang lain yang sedang berkeliaran, maklum sajalah kawasan kampung memang banyak binatan peliharaan jiran-jiran yang berkeliaran. Namun lama kelamaan saya dapati ia bukanlah binatang. Saya pun mula rasa seram, bulu tengkuk saya mula berdiri lebih-lebih lagi apabila saya mendengan bunyi-bunyi aneh seperti orang bercakap tetapi saya tak faham langsung apa yang diperkatakan.

Setelah menguatkan hati dan membaca beberapa surah pelindung, saya pun capai camera digital saya lalu turun ke bawah rumah. Bila sampai di bawah rumah perasaan seram semakin bertambah tapi saya dapati tiada sesiapa pun di bawah rumah saya. Suara-suara seperti orang bercakap pun tidak kedengaran lagi. Tanpa membuang masa saya terus mengambil beberapa gambar di sekitar bawah rumah saya dengan harapan ada sesuatu yang boleh saya kongsikan di laman blog BPC ini.

Hasilnya saya dapati satu gambar yang mencurigakan di masa saya dapati terdapat objek seperti manusia tetapi agak pendek lebih kurang sebatas lutut sahaja muncul dalam gambar. Terpulanglah pada sahabat untuk menilainya. Bersama entry ini saya sertakan gambar-gambar hasil aktiviti saya.

2 comments:

Anonymous said...

alamak toyol!!!

Anonymous said...

toyol ka ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...