Kawasan jambatan gantung

Anda Suka? 

Kawasan ini juga merupakan salah satu kawasan yang dikatakan sering melihat kewujudan makhluk halus. Malah tidak kurang yang mengatakan bahawa sering terasa seperti ada orang yang ikut di belakang ketika melalui jambatan ini terutama ketika waktu tengah malam.


Bedasarkan cerita ini maka BPC team seekers bergerak ke kawasan tersebut bagi membuktikan bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan mengenai jambatan gantung ini.

Kami tiba di kawasan jambatan gantung ini pada jam 2.30 pagi. Kami sengaja memilih waktu ini kerana pada waktu inilah kononnya sering berlaku gangguan. Tidak dinafikan bahawa kawasan ini memamg mempunyai pergerakan energy negatif yang aktif. Energy ini terhasil akibat keberadaan makhluk halus di sekitar kawasan ini. Namun begitu sepanjang kami berada di kawasan jambatan gantung ini tiada satupun kelihatan makhluk halus seperti yang didakwa sering berlaku. Kerana tidak mendapatkan apa-apa di jambatan gantung kami beralih pula ke kawasan sekitar jambatan gantung namun kami hanya dapat merakam beberapa kewujudan Orbs sahaja.

Ini membuktikan bahawa walaupun makhluk halus itu ada di sesuatu kawasan kita sebagai manusia tidak perlu takut apalagi jika sampai memuja dan memohon keselamatan dari makhluk berkenaan. Kerana hanya Tuhan sajalah tempat untuk kita memohon perlindungan.


















1 comment:

Anonymous said...

gud luck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...