Entiti di Labuan

Anda Suka? 
Kali ini BPC ingin kongsikan gambar yang dikirimkan oleh sahabat BPC dari Labuan iaitu saudara John. Menurut John gambar ini telah lama dalam simpanan beliau dan merupakan gambar ketika zaman bujang. Cuba perhatikan imej yang berada dalam bulatan merah. Jika anda perhatikan terdapat imej berbentuk wajah manusia yang sedang menjelirkan lidahnya. Imej ini dirakam secara tidak sengaja oleh John yang juga aktif menjalankan aktiviti sekeers bersama adik beliau. Diharap satu hari nanti bila BPC berpeliang ke Labuan diharap saudara Jhon dapat menunjukkan serba sedikit kawasan yang boleh kita menjalankan aktiviti sekeers bersama.


Menurut John gambar ini dirakam di kg Bukit Kalam pada 2006. Ketika itu malam Jumaat dan beliau baru sahaja selesai aktiviti menagkap ikan. Ketika gambar ini diambil John dan rakan-rakannya sedang memanggang ikan hasil tangkapan mereka. John telah meminta seorang rakannya untuk mengambil gambar mereka bertiga dan hasilnya adalah seperti yang dipaparkan. Setelah diteliti menggunkan komputer oleh seorang rakan mengesahhkan bahawa gambar ini adalah asli bukan hasil edit. Malah menurut seorang Haji yang juga rakan sepejabat John menyatakan bahawa ketika itu terdapat lebih dari satu entiti berada di belakang mereka dan semuanya merupakan anak-anak kepada entiti yang kelihatan. Kesemua anak-anak entiti tersebut sedang kelaparan. Menurutnya lagi kononya entiti tersebut marah kerana Jonh dikatakan mengambil sesuatu milik entiti tersebut.


Pihak BPC Blog hmengucoapkann jutaan terima kasih kepada saudara John kerana sudi berkongsi gambar ini. Kepada sesiapa yang ada gambar sebegini dan mahu berkongsi dengan pembaca BPC Blog bolehlah emailkan gambar tersebut kepada beaufortparanormal.blogspot.com. Sertakan sekali keterangan berkaitan dengan gambar tersebut.

3 comments:

john said...

dulu di labuan ba tu...skg di beaufort sdh ba..

john said...

dulu di labuan skg di beaufort ba..

Anonymous said...

patutlah mcm kenal ja...rupanya org bft jg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...