Assalamualaikum...
Apabila melihat blog BPC kembali aktif, hati saya tergerak untuk menceritakan pengalaman saya sesat di hutan pada zaman persekolahan dahulu pada tahun 1995. Pengalaman ini tidak dapat saya lupakan sehingga sekarang mungkin disebabkan ilah kali pertama saya sesat walaupun sebelum itu saya telah sering ke hutan.
Ceritanya bermula apabila Persatuan Pengakap sekolah saya menganjurkan satu perkhemahan ujian untuk semua bakal Kelana sekolah saya. Sebagai salah seorang Pen. Pemimpin sekolah, saya di tugaskan untuk menjalankan satu aktiviti iaitu kembara malam. Sebelum kembara malam berjalan saya dan beberapa orang rakan telah pun memastikan laluan yang bakal kami lalui itu selamat. Kami juga telah membuat pemeriksaan ulangan bagi memastikan segalanya berjalan lancar.
Pada malam aktiviti kembara dijalankan saya telah membawa 12 orang bakal Kelana masuk kelaluan yang telah ditetapkan. Saya pada ketika itu dibantu oleh seorang rakan bernama Sabrina. Sebagai pembantu dia berada di hadapan sekali dan saya berada di belakang sekali. Saya telah membawa 3 gulung tali sepanjang 100m setiap satu sebagai persediaan selain beberapa peralatan lain seperti lampu suluh dan parang.
Sepanjang perjalanan sebelum masuk kekawasan hutan semuanya berjalan lancar. Gangguan bermula apabila Sabrina terlihat sesuatu yang bersinar di tanah dan cuba mengutipnya tetapi tidak berjaya kerana benda tersebut hilang begitu sahaja. Setelah itu kami sering terdengar seperti bunyi suitan seolah-olah memanggil kami tetapi tidak kami endahkan. Apabila tiba di pinggir hutan, saya mengarahkan semua anggota untuk berehat sambil saya mengambil sebatang kayu untuk saya gunakan sebagai tongkat ketika dalam hutan kelak. Ketika dalam waktu berehat tersebut gangguan semakin rancak. Kali ini pula seperti ada sekawan monyet yang banyak sedang menggoncang sebatang pokok berhampiran dengan kami. Apa yang saya hairankan ialah pada waktu itu jam menunjukkan telah lebih jam 1.00 pagi. Mustahil monyet masih berkeliaran pada waktu itu lagipun mereka seolah-olah marah dengan kehadiran kami.
Saya mula tidak sedap hati, lalu saya mengarahkan angota saya kembali bergerak. Keadaan yang agak kalut membuatkan saya terlupa membawa togkat saya yang telah saya pacakkan berhampiran dengan sebatang anak sungai. Ketika hendak bergerak tiba-tiba salah seorang ahli saya berkata dengan celupar mengatakan dia adalah raja hutan, "monyet-monyet" tersebut akan dia tangkap satu persatu. Saya menegur sikap angota saya tersebut dan dia meminta maaf.
Ketika dalam hutan saya mula perasan yang laluan kami sekarang berbeza dengan apa yang telah kami tetapkan. Hutan yang kami berada sekarang terlalu tebal sedangkan hutan yang sepatutnya kami lalui tidaklah tebal sangat. Yang lebih menghairankan saya ialah terdapat sebuah jurang yang amat dalam sehinggakan ketika saya turun dengan seorang ahli lelaki kami tidak sampai kedasar jurang walaupun kami telah menggunakan 3 gulung tali yang saya bawa.
Sedar yang kami telah sesat saya kumpulkan semua ahli kumpulan agar tidak berpisah dan memudahkan saya memantau keselamatan mereka. Sementara itu rakan saya yang menunggu kami di chek point telah melancarkan gerakan mencari setelah kami tidak muncul dalam waktu yang ditetapkan.Mereka telah berusaha menghubungi kami tetapi tidak berjaya lalu mereka berusaha menjejaki kami dengan masuk kedalam hutan. Satu lagi kejadian aneh berlaku ketika ini. Kami dapat mendengar suara mereka yang mencari kami tetapi kami tidak dapat melihat mereka malaupun kami rasa mereka begitu hampir dengan kami yang kami lihat cuma kesan tapak kaki mereka sahaja. Begitu juga dengan mereka yang mencari kami. Mereka hanya dapat mendengar suara dan menjumpai takap kaki kami sahaja.
Sedar bahawa kami telah "disesatkan" atau "dipermainkan" oleh makhluk halus. Saya berusaha mengingat beberapa petua yang saya pelajari ketika berada di hutan. Saya mula tersa seram lebih-lebih lagi ketika saya tersuluh sebatang pokok besar yang kelihatan seperti bercahaya. Saya menghampiri pokok tersebut sambil membaca beberapa potong ayat Al-Quran. Setelah itu saya cuba menenangkan ahli kumpulan saya yang mula panik. Ketika itulah saya teringat bahawa tongkat saya tertinggal berhampiran dengan sebatang anak sungai. Saya bertawakal kepada Allah disamping berazam untuk membawa keluar ahli kumpulan saya dengan selamat walau apa cara sekali pun.
Saya cuba mengesan anak sungai yang saya lihat pada waktu kami hendak masuk tadi. Usaha saya berhasil, saya melihat sebatang anak sungai berhampiran tempat kami berkumpul. Sekali lagi saya merasa hairan kenapa kami tidak melihat anak sungai tersebut sedangkan kami telah berlegar-legar di kawasan tersebut beberapa kali. Saya segera mengarahkan ahli kumpulan saya untuk bergerak mengikuti anak sungai tersebut. Tidak lama kemudian saya terjumpa tongkat saya semua. Saya cukup gembira dan bersyukur kerana saya telah jumpa jalan keluar. Tidak lama setelah kami keluar dari hutan, bantuan penyelamat yang dilancarkan oleh beberapa pemimipin sekolah pun tiba. Meraka besyukur kerana kami selamat. Meraka juga mengatakan mereka telah bersedia untuk membuat laporan polis jika kami tidak ditemui sehingga hari siang. Menurut mereka kami telah sesat hampir 3 jam sedangkan kami cuma rasa tidak sampai 30 minit berada dalam hutan tersebut.
Itulah pengalaman saya ketika masih menjadi Pen. Pemimpin. Tetapi kejadian itu tidak mematahkan semangat saya. Sehingga sekarang saya masih sering masuk ke hutan untuk aktivit persatuan dan menjadi salah satu hobi saya untuk berkhemah di hutan..
- diceritakan semula berdasarkan pengalaman Skp Suardi Kadir (Pen Pesuruhjaya Pengakap Daerah Beaufort) -
3 comments:
Sesat d mana bro?
Selepas membaca ni... keimanan makin meningkat.. walaupun sedar adanya jin syaitan yang menyesatkan manusia yg berada dlm hutan..tp kepercayaan saya bahwa manusia ini sebgai khalifah dimuka bumi..saya yakin bhwa jin syaitan ini takkan mampu membuli kita dihutan jika kuatkn keimanan kita kepada allah.
Klau kita tersesat dihutan..dan rasa dipermainkan jin..bacalah ..innijaailunfil arthi kholifah.. Kasi peringatan sikit kat jin bedebah ni.. Lg satu jgn lalai mengingati Allah dan sentiasa berzikir...
Post a Comment