Cerita satu malam.

Anda Suka? 
Kali ini aku nak ceritakan pula pengalaman saya dengan Wan (BPC Team Seekers) ketika berada di Sepitang baru-baru ni. Kami sebenarnya tengah membantu sebuah sekolah dalam menjalankan perkhemahan. Maklum sajalah kamikan ahli Pengakap daerah. Sebenarnya ini sudah kali ketiga kami membantu sekolah tersebut menjalankan perkhemahan dan kami memang serba sedikit sudah tahu keadaan sekolah tersebut. Namun kali ini nampaknya ada perubahan, bangunan usang yang dahulunya sudah pun dirobohkan dan sedang dibina bangunan baru yang hampis siap.



Jika sebelu ini kawasan yang agak keras disekolah tersebut adalah berdekatan dengan asrama guru namun sekarang nampaknya sudah berubah. Kawasan bangunan baru merupakan kawasan yang mampu menimbulkan perasaan seram lebih-lebih lagi bila kami dapati kawasan tersebut sering menjadi tumpuan makhluk alam ghaib.


Pada sebelah siangnya tiada apa-apa yang berlaku namun pada malamnya terutama apabila semua aktiviti berakhir kami mula menerima kunjungan-kunjungan makhluk ini. Seperti biasa ketika perkhemahan saya dan Wan memang sering tidur lewat. Di samping untuk menjaga dan memastikan semua peserta tidur kami juga sering mengambil kesempatan untuk menjalankan aktiviti seekers. Tapi agaknya pada malam tersebut kami tiada mood untuk menjalakan aktiviti seekers. Bagi mengisi masa lapang kami berbual-bual kosong mengenai aktiviti Pengakap di samping bertukar-tukar pandangan berkaiatan dengan dunia paranormal ini. Dalam leka berbual tiba-tiba saya terdengar satu bunyi jeritan seolah-olah suara wanita. Lalu saya beritahu Wan tapi Wan mengatakan di hanya mendengar suara besi di pukul.


Lalu kami tidak mengedahkan kejadian tersebut, kami terus saya berbual-bual kosong sambil makan makanan yang telah disediakan penganjur untuk kami. Pada ketika itu kami telah pun mengesan beberapa kehadiran beberapa makhluk halus di sekitar kami terutama di kawasan bagunan baru namun kami terus tidak memperdulikan mereka. Tidak semena-mena, tiba-tiba kembali terdengar suara jeritan wanita kali ini agak jelas berbanding yang pertama. Kami sama-sama terdiam setelah mendengar suara tersebut. Setelah beberapa ketika Wan berkata mungkin suara pengawal keselamatan sekolah sedang membuat rondaan. Tetapi yang kami lihat pengawal keselamatan sekolah hanya berada di dalam pondok keselamatan dan tidak pernah keluar menjalankan rondaan. Namun kami masih tidak memperdulikan dan terus bersembang.

Tidak berapa lama setelah suara jeritan kali kedua kedengaran. Suara jeritan tersebut kembali kedengaran kalim amat jelas. Setelah mendengar 3 kali suara jeritan kami pun mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti seekers. Malangnya peralatan kami tidak mencukupi. Hanya berbekalkan kamera dari telefon bimbit kami mula meronda kawasan sekolah dan sekali sekala mengabil gambar. Namun hampa kerana kebanyakan gambar gelap sahaja tanpa dapat merakan imej apa pun.

Pada mulanya kami meronda di kawasan tabika kerana dari arah ini suara jeritan tersebut terdengar. Namun kami hampa kerana kami tidak dapat merakam imej apa pun di sana walaupun kami dapat rasakan kehadiran makhluk halus di sekitar kawasan tabika tersebut. Memandangkan kawasan tabika bukan kawasan perkhemahan kami tidak berani pergi lebih jauh kerana bimbang kami dituduh hendak mencuri. lalu kami alihkan kasan seekers kami ke kawasan bangunan baru. Di sini kami memang dapat rasakan banyak kehadiran mahkluk halus di sekitar kawasan tersebut. Kadangkala kami terdengar suara orang berjalan tetapi tiada siapa-siapa dikawasan tersebut. Yang lebih mengahirankan kami ialah keadaan sebuah kelas yang terang benderang sedangkan kelas lain gelap gelita. Jika hendak dikatakan lampu kecemasan mustahil terlalu terang seolah-olah terdapat sebuah lampu 100W sedang dihidupkan. Saya cuba mengambil gambar kelas tersebut dari jauh memandangkan kelas tersebut berada di tingkat 2 bagunan tersebut, namun semua gambar yang saya ambil tidak jelas. Tiba-tiba Wan mengesan ada makhlukh ghaib berada berhampiran dengan tangga sedang memerhatikan kami, kebetulan pula saya berada betul-betul dihadapan tangga tersebut lalu saya menagambil gambar di kawasan tangga. Pada awalnya saya cuma mengambil gambar di bawah tangga kemudian saya mengambil gambar di kawasan atas tangga. Apabila saya turun saya seolah-olah dihumban dengan satu objek dan obejk tersebut hampir terkena kepala saya kerana saya dapat rasakan seperti ada benda keras yang lalu berhampiran dengan kepala saya. Bunyi objek tersebut jatuh betul-betul di belakang saya tetapi yang menghairankan ternyata tiada apa-apa objek terjatuh dibelakang saya. Puas saya cari tapi saya tak jumpa. Merasa mendapat serangan dari mekhluk tersebut kami membuat keputusan untuk menghentikan aktiviti seekers kami, lagipun kami khuatir makhluk tersebut bertindak agresif dan mengganggu peserta perkhemahan.

 
   

Pada keesokan harinya kami menceritakan pengalaman kami ini pada seorang guru senior di sekolah tersebut. Dia mengatakan bahawa kawasan bangunan baru tersebut dahulunya tempat bangunan Jepun jadi tidak hairanlah jika kawasan tersebut agak keras. Kami juga memeriksa kelas yang kami lihat terang semalam memang sah lampu di kelas tersebut tidak dihidupkan kerana pekerja yang menyiapkan banguna tersebut bercuti.

 

2 comments:

Anonymous said...

sekolah mana ni bro?

Beaufort Paranormal Community said...

Minta maaf, atas beberapa faktor pihak BPC terpaka merahsiakan sekolah ini. Guru besar sekolah tersebut yang meminta untuk tidak mendedahkan sekolah nama ini. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...