10 kawasan paling berhantu di Malaysia

Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi momok kepada orang ramai. Kali ini BPC akan menyenaraikan beberapa kawasan yang dianggap paling berhantu oleh sesetengah pihak. Kawasan ini dicadangkan oleh beberapa orang rakan yang aktif meneroka kawasan-kawasan sebegini. Sebab itulah pakej perlancungan seram semakin berkembang sekarang ini.


  1. Simpang-T Georgetown Pulau Pinang - lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.
  2.  Institusi St Michael, Ipoh - Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunkan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunkan sekolah ini untuk mejalankan penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.
  3. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar Perak - Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar -pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.
  4. Victoria Intitution, Kuala Lumpur - Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British diseksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.
  5. Bukit Tungku, Kuala Lumpur - Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam. terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaim ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.
  6. Genting Highland, Pahang - Satu kawasan yang terkenal di seluruh Malaysia. Kononnya kawasan ini berhantu kerana terdapat ramai orang yang membunuh diri akibat hutang di kawasan perjudian yang terkenal ini. MAlah terdapat juga beberapa bilik yang tidak pernah disewakan walaupun semua bilik telah penuh. Kononya bilik ini dikhaskan untuk hantu-hantu Cina berehat. Tidak dapat dipastikan siapa yang telah melihat bilik ini tetapi mengikut cerita lisan dia telah jatuh sakit beberapa hari setelah melihat bilik ini. Pengunjung juga sering melihat kejadian-kejadian misteri dikawasan ini.
  7. Highland Tower - Kawansan yang telah mengorbankan banyak nyawa ketika kejadian tanah runtuh di kawasa ini pada masa dahulu. Kononnya orang ramai sering terdengan suara orang menangis dan mengrang kesakitan di kawasan tersebut terutama pada waktu malam. Namun apa yang pasti kawasan ini telahpun digunakan oleh penagih dadah sebagai markas. 
  8. Lokap tempat Mona Fandey ditahan - Kononnya sering terdengar suara rintihan dan hembusan terutama pada waktu lewat malam. Tempat ini telah dimasukkan dalam "pakej lawatan berhantu" sempena tahun melawat Pahang.
  9. Rumah ADO Menumbok, Sabah - Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari 1 minggu dalam rumah tersebut. hinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja. Macam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.
  10. Penjara Pudu -  Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
Itulah dia 10 tempat paling berhantu yang terdapat di Malaysia berdasarkan respon dari rakan-rakan dan juga pengalaman kumpulan-kumpulan paranormal yang aktif meneroka dunia mistik ini. bagi anda yang berminat untuk mengikuti pakej perlancungan seram bolehlah berhubung dengan BPC untuk keterangan lanjut.

13 comments:

Anonymous said...

sekarang penjara pudu sydah tiada...jadi di mana yang jadi top 1 tempat paling berhantu di Malaysia?

Anonymous said...

rumah ADO pun masuk ooo.. hahaa

BELL

Anonymous said...

Setakat tu yg paling ekstrem BPC tahu geng...

-Adi-

Anonymous said...

aku tahu rumah hantu mana paling berhantu...dah tentu la rumah hantu kat Fun Fair... pergh giler seram...

Anonymous said...

rumah hantu fun fair mana seram...kadang2 hantu fun fair mengada2 pandai ambil kesempatan pulak tu pada awek ketakutan...kurang ajar punya hantu

Anonymous said...

Klu nak datang tengok rumah ado tu sia boleh kasi tunjuk.,tapi siang2lah datang, atau nak rasa sendiri boleh try boleh juga, rumah tu ada 3 buah pilihlah salah satu mana yang berkenan, senang ja klu nak datangtanya saja penduduk di menumbok ni semua orang pun tau tempat tu.

Anonymous said...

tq atas kesudian membantu...kami skrg sedang menunggu kebenaran dari pihak2 berkenaan bagi mengelakkan sebarang salah faham yg boleh membawa kemudaratan...apa pn jika BPC Team Seekers beroperasi di sana, kerjasama dari penduduk setempat amar2 kami harapkan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai sejarah rumah tersebut

adi BPC Team Seekers

Anonymous said...

hoho.. nk tgok hantu kna tgok siang2 ke.... :D

Anonymous said...

apa ko ingat siang2 xda hantu ka...

Anonymous said...

star ipoh lgi seram
-cena-

Anonymous said...

Villa Nabila and Rumah 99 pintu tak derr ehh..

Anonymous said...

Smk batu sapi lagi seram geng. Hantu jepun. Buat masa sekarang nie pun masi ada. Dulu masa zaman perang. Kubur jepun di smk batu sapi. Kwasan nya di gelanggang bola tampar....

Unknown said...

Terbaeekkkk derrrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...