Toyol
Toyol merupakan satu lagi makhluk halus yang popular di kalangan masyarakat Melayu. Adalah dipercayai toyol dari golongan jin atau syaitan yang boleh diperlihara untuk tujuan tertentu.
Toyol sering digambarkan sebagai satu makhluk seperti kanak-kanak sesuai dengan asal kejadiannya yang berasal dari kanak-kanak yang mati kemudian dipuja menggunakan ilmu hita. Ramai yang menggambarkan keadaan fizikal toyol seperti kanak-kanak yang berwarna hijau, berbogel, mempunyai telinga yang tajam, bermata merah dan mempunyai gigi taring. Pada kebiasaanya toyol dipelihara dalam sebuah botol kecil.
Toyol dipelihara untuk tujuan mencuri harta benda orang lain sesuai dengan perjanjian antara toyol dan juga tuan toyol. Sekarang ini terdapat satu perniagaan baru yaitu perniagaan menjual toyil yang dilakukan oleh pengamal ilmu hitam. Kemampuan toyol berkenann adalah berdasarkan harga toyol tersebut. Semakin mahal toyol tersebut makan semakin banyak wang yang mampu di curi oleh toyol tersebut.
Kelebihan toyol ini ialah ia mampu mnyeludup kemana sahaja dan melarikan wang ringgit walau dimana anda menyimbanya. Malah ada yang mengatakan wang yang di simpan di celah kita Suci Al-Quran pun boleh dicuri oleh toyol yang mahal. Sejauh mana kebenaran ini hanya Allah yang maha mengetahui. Namun begitu toyol hanya mengambil mengikut jumlah yang telah dipersetuji antara toyol dan tuan toyol. Namun begitu terdapat satu petua yang boleh mengelakkan toyol mengambil duit anda iaitu dengan meletakkan kacang hijau dalam jumlah yang banyak dalam satu balang kemudian letakkan berhampiran dengan duit anda. Toyol tersebut akan leka bermain dan mengira jumlah kacang tersebut sehingga dia terlupa untuk mencuri. Masa aktif toyol hanyalah pada waktu malam.
Makanan utama toyol ialah darah tuannya. Tuan toyol hendaklah memberi makan darahnya sendiri setiap hari atau pada ketika bulan mengambang. Sebab itulah kebanyakan tuan toyol kelihatan pucat dan tidak bermaya kerana dia mengalami kekurangan darah akibat dimakan oleh toyol. Jika toyol tersebut tdak diberimakan darah tuannya, toyol tersebut akan bertindak mencari waris tuannya untuk meminum darahnya. Tuan toyol juga hendaklah memenuhi segala permintaan toyol tersebut kerana jika permintaanya tidak dipenuhi toyol tersebut akan berintdak ganas.
Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai. Wallahualam.
Posted dari
Beaufort Paranormal Community
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
helah pencuri ja tu...
Post a Comment