Pengalaman Menyeramkan

Anda Suka? 
 Update

 

Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar Zambri Zabidi bin Abd Hadi (Acong) kepada penulis, Mohd Bel semasa menuntut di salah sebuah Universiti di selatan tanah air. 

Hari ini genap seminggu cuti semester selama 2 bulan. Di saat rakan-rakan mahasiswa dan mahasiswi sedang bergembira di kampung halaman masing-masing, saya bersama 25 lagi rakan terpaksa menahan perasaan cemburu memandangkan sekarang kami perlu menghabiskan pengajian dalam inter-sem, yakni mempercepatkan pembelajaran satu semester lebih awal untuk mengurangkan tahun pengajian. Kolej kediaman saya yang memuatkan lebih 300 pelajar pada satu-satu masa hanya dihuni seramai 5 orang sahaja pada waktu itu. Saya bersama rakan saya dari Sabah, Mohd Suzairi Salam tinggal sebilik manakala yang lain berada jauh di tingkat atas.



Pada hari ke 6 kuliah, pensyarah telah menyatakan bahawa pada sebelah siang semua kuliah dibatalkan memandangkan seorang staff Universiti telah meninggal dunia. Maka semua staff dan pensyarah dikehendaki hadir ke majlis pengebumian staff tersebut. Semua kelas gantian akan diadakan pada sebelah malam dan dijangka selesai sekitar jam 2 pagi.  Pada malam tersebut, sebelum kelas subjek “international business” bermula, saya mula perasan bahawa saya tertinggal “assignment” untuk diserahkan kepada pensyarah pada waktu itu. Memandangkan pensyarah tersebut belum datang, saya bergegas pulang berseorangan ke Kolej Kediaman untuk mengambil “assignment” itu. Jarak dewan kuliah dengan Kolej Kediaman saya agak jauh kerana saya perlu menaiki lif untuk ke tingkat 5 dan berjalan lebih kurang 250 meter dari dewan kuliah untuk sampai ke Kolej Kediaman.

Setelah sampai, saya mengambil “assignment” dan terus bergegas ke Dewan Kuliah. Tiba dipintu lif, saya terus masuk ke dalam lif yang sedia terbuka dan menekan butang untuk naik ke tingkat 5. Beberapa detik kemudian, saya merasakan lif bergerak agak lambat. Seperti ada batu besar sedang berada di atas lif tersebut. Namun saya abaikan saja kerana saya perlu segera ke Dewan Kuliah. Ditingkat 1, pintu lif terbuka. Saya perhatikan diluar keadaan sunyi sepi dan gelap. Saya hairan kenapa pula lif ini berhenti ditingkat 1 walhal keadaan sekeliling amat sunyi memungkinkan tidak ada orang yang mahu menggunakan lif pada masa itu.

Lif tertutup dan di tingkat 2 sekali lagi lif berhenti dan pintu terbuka. Keadaan sama sahaja, namun di hujung bangunan saya terlihat satu cahaya putih yang terang. Saya sangka itu adalah lampu “spotlight” yang dipasang, namun sangkaan itu meleset apabila ia bergerak laju dan terus sahaja hilang. Saya terus saja tergamam dan bulu roma mula menegak. Saya mula merasa tidak sedap hati dan terus sahaja menutup pintu lif. Di tingkat 3, sekali lagi lif berhenti dan pintu terbuka. Saya mahu saja meraung kerana saya mula rasa takut dan fikiran yang mula memikirkan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku.

Sebaik pintu lif terbuka, saya dapat melihat sekujur tubuh seolah-olah berbungkus kain kapan betul-betul berdiri tegak di hadapan pintu lif sambil memandang tepat ke arah saya. Kerana terkejut, saya menjerit sekuat hati dan akhirnya pengsan. Apabila saya sedar, saya sudah berada di dalam bilik pensyarah saya dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat sekelas saya. Saya melihat ada seorang ustaz sedang merenung ke arah saya. Saya mula bertanya apa yang terjadi.  

Sahabat-sahabat tidak berkata apa-apa, tapi ustaz tadi hanya bertanya kepada saya tentang apa yang saya alami. Lalu saya ceritakan semuanya dan satu soalan sahaja yang terkeluar dari mulut ustaz tersebut iaitu tentang wajah makhluk yang saya nampak tersebut. Ya, wajah itulah yang membuatkan saya pengsan sebenarnya. Wajah makhluk seakan-akan pocong itu adalah wajah saya sendiri yang tidak mempunyai mata, manakala mulut “saya” penuh dengan cacing. 

Setelah tamat pengajian dalam “inter-sem” tersebut, sebelum pulang ke kampung, saya sempat bertanyakan perihal kejadian yang berlaku pada saya kepada Suzairi, rakan sebilik saya. Cerita yang saya dengar amat memeranjatkan saya. Suzairi berkata, saya sebenarnya tidak dijumpai di lif, sebaliknya di tanah perkuburan, betul-betul di atas kubur staff universiti yang baru meninggal pada hari tersebut. Rupa-rupanya saya dijumpai 1 jam selepas jeritan saya didengar di dalam lif, dan pensyarah serta rakan-rakan telah melihat saya berjalan dengan laju untuk keluar dari kampus dan menuju ke tanah perkuburan yang jaraknya lebih kurang 1km dari kampung. Malah saya berjalan dengan mudah menembusi pagar, simen dan apa sahaja di depan saya sehinggalah terbaring di atas kubur tersebut.

Sehingga hari ini saya tidak mengetahui apakah yang berlaku sebenarnya pada saya. Saya jugak tidak tahu kenapa makhluk itu membawa saya ke tanah perkuburan tersebut. Yang pasti selepas itu, saya fobia untuk menaiki lif berseorangan dan sanggup menaiki tangga untuk ke tingkat 5 Dewan Kuliah tersebut. Sekian....

-Mohd Bel-

12 comments:

Beaufort Paranormal Community said...

Terima kasih kepada sahabatku bel kerana berkongsi cerita dengan kita semua pembaca blog BPC

Anonymous said...

lepas tu apa jadi????

Anonymous said...

Mohon maaf pada semua pembaca BPC bahawa cerita ini masih tidak lengkap kerana terdapat kesalahan teknikal. Saya akan dengan kadar segera memperbaiki kesalahan teknikal itu. Daripada penulis, Mohd Bel-

Anonymous said...

Tq saudara mohd bell...kami tunggu kesinambungan cerita dari anda...

arman

Anonymous said...

kami tunggu smbgn cerita pengelaman menyeramkan...

Beaufort Paranormal Community said...

Terima kasih atas sokongan semua... diharap semua pembaca blog BPC dapat bersabar untuk menunggu kesudahan cerita ini memandangkan saudara Mohd Bell sedang sibuk kerana isteri beliau hendak bersalin...sama-sama kita doakan yang terbaik untuk beliau sekeluarga...BPC juga mengucapkan tahniah kerana bakal menimang cahaya mata yang ke dua.

Anonymous said...

Tahniah saudara Mohd Bell

Anonymous said...

tahniah...

Anonymous said...

Alhamdulillah, edisi lengkap cerita ini berjaya di update. Thanks BPC. Thanks jugak pada BPC dan semua kerana ucapan tahniah.

-Mohd BeL-

Anonymous said...

tahniah sahabat ku bell

Anonymous said...

bikin takut punya lif...pobia aku naik lif kalau mcm ni...

elin

Anonymous said...

srm jugk crta ne...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...