Pontianak

Anda Suka? 

Pihak BPC banyak menerima email yang bertanyakan tentang hantu-hantu yang ada menjadi kepercayaan dalam masyarakat Melayu. Terima kasih atas maklumbalas yang di berikan. Bagi menghargai pembaca blog bermula hari ini blog BPC akan cuma menceritakan jenis-jenis hantu yang menjadi momok dalam masyarakat Melayu. Selain itu pihak blog BPC juga akan berusaha mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis hantu untuk masyarakat antarabangsa. Jika sesiapa mempunyai maklumat bolehlah emailkan kepada ADMIN di beaufortparanormal@gmail.com.



Sebagai permulaan mari kita berkenalan dengan hantu yang paling popular dalam masyarakat Melayu. Hantu tersebut tak lain tak bukan ialah Pontianak. Pontianak merupakan spesis hantu wanita yang amat popular dikalangan masyarakat Melayu. Di indonesia pontianak di sebut sebagai Kuntilanak. Menurut lagendanya pontianak adalah berasal dari perempuan yang mati beranak kemudian menjelma menjadi pontianak.Pontianak sering digambarkan berpakaian putih labuh dan sering kelihatan merayau-rayau di satu kawasan yang sunyi. Namun begitu pontianak juga sering dikatakan tinggal di atas pokok kayu yang besar. Ada juga mengatakan bahawa pontianak suka merayau di jalan raya ketika bulan mengambang dengan mendukung bayi dan kisah telah sering kali kita dengar sehingga ada yang mengakibatkan kemalangan.

Darah manusia merupakan salah satu makanan kegemaran bagi pontianak. Sebab itulah ia sering mengganggu manusia. Pontianak mampu memjelma menjadi perempuan cantik untuk mendapatkan mangsanya. Namun begitu pontianak mempunyai satu kelemahan iaitu di belakang tengkuk pontianak tersebut tedapat satu lobang dan sesiapa yang mampu memaku lobang tersebut dengan paku maka pontianak tersebut akan menjelma menjadi perempuan cantik. Namun bila paku tersebut dicabut maka ia akan kembali menjadi pontianak.

Dari sudut perubatan Islam, gangguan pontianak boleh dicegah dengan membaca ayat pelindung seperti surah 3 Qul dan juga Ayat Kursy. Terdapat juga petua yang mengatakan bahawa limau purut yang dicucuk dengan paku sehingga tembus mampu menakutkan hantu ini. Wallahualam

3 comments:

Anonymous said...

terignat filem lama "pontianak gua musang"

Anonymous said...

bnyk kejadian yg brlku kt jln rya yg mnmpkkn pntiank bwk bayi....

Anonymous said...

wanita yg mati ketika bersalin?????

hmmmmm......... wanita yg mati ketika bersalin mati syahid??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...