Tamatnya Riwayat Pokok Puaka


Heboh satu daerah bercakap tentang sebatang pokok tua yang menjadi momok kepada pekerja di satu kawasan pembangunan. Kononnya pokok berpuka, malah ada juga yang mengatakan ada jin yang menhubni di pokok tersebut.

Berdasarkan kepada cerita tersebut team BPC telah bergerak ke lokasi tersebut malangnya team BPC tidak dibenarkan masuk kekawasan pembinaan atas alasan keselamatan. Lamu kami pun akur dan hanya mengambil gambar pokok tersebut dari jauh.



Namun begitu sempat juga kami bertanyakan kepada beberapa orang pekerja buruh binaan di kawasan tersebut mengenai kesahihan cerita di sebalik pokok tua itu. Menurut mereka usaha menebang pokok tersebut telah dijalankan sejak kawasan tersebut di teroka untuk dijadikan sebuah kawasan perniagaan. Kawasan tersebut pada asalnya merupakan satu kawasan belukar yang berhadapan dengan satu kawasan tanah perkuburan. Namun begitu tiada siapa yang berjaya menebang pokok tersebut walaupun pelbagai usaha  telah dijalankan. Hinggalah tinggallah pokok tersebut satu-satunya pokok yang belun di tebang dan projek pembinaan tetap dijankan. Menurut mereka lagi, pernah satu orang menggunakan jentolak untuk menumbangkan pokok tersebut tetapi anehnya jentolak tersebut tidak dapat dihidupkan sedangkan ia tidak mengalami sebaraqng kerosakan. Tetapi apabila pekerja terbabit hendak memindahkan jentolak tersebut (tidak mahu memusnahkan pokok terbabit) ia dapat berfungsi dengan baik.

Banyak juga penggiat paranormal dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi tidak berjaya. Malah banyak spekulasi yang timbul berdasarkan tilikan paranormal. Namun begitu sekarang pokok tersebut telah berjaya ditumbangkan. Tidak dapat dipastikan siapa yang berjaya melakukan dan bagaimana ia ditumbangkan. Tetapi satu yang pasti bahawa tiada kekuatan yang menandingi kekuatan Allah.

Sehingga hari ini misteri pokok tetap menjadi buah mulut. Samada ia benar berpenunggu atau pun tidak hanya Allah yang tahu. Team BPC juga agak kecewa kerana tidak mendapat kebenaran untuk menghampiri pokok tersebut untuk membuktikan sendiri kebenaran cerita pokok tersebut.
Kawasan pokok puaka setelah ditebang

4 comments:

Anonymous said...

di kawasan mana tu aaa?

Anonymous said...

i think akar tu pokok kuat sbb tu kn kwsn blukar. sa pn x tau mo caya tau x psl tu jin ka antu. sa rsa tu pokok thn tukul ba

Anonymous said...

hahahaha...mungkin jugalah akar pokok tu tahan tukul...tp pokok tu pokok mati bah...xda daun pun udah

Beaufort Paranormal Community said...

Pokot tersebut telah di tebang. Ini membuktikan bahawa tiada kuasa yang mampu menentang kehendak-Nya sama ada pokok itu benar-benar berpuaka atau pun tidak hanya Allah sahaja yang mengetahui. Terpulang pada tanggapan masing-masing. terima kasih atas respon yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...