Pengalaman Semasa Perkhemahan

Sekadar gambar hiasan

Saya nak ceritakan satu pengalaman yang saya benar-benar alami sendiri semasa mengikuti satu perkhemahan Pengakap semasa yan dalam tingkatan 3. Saya masih ingat lagi pemimpin kami masa itu ialah Skp Sham dan di bantu oleh 3 orang penolong pemimpin iaitu Skp Gandi, Skp Suardi dan juga Skp Nazri.

Kejadian ini berlaku di sekolah menengah St Paul Beaufort. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang tertua di Beaufort dan pada ketika itu pergerakan Pengakap di sekolah St Paul merupakan yang teraktif dan terbaik di daerah Beaufort.


Hendak dijadikan cerita, kami telah merancang satu perkhemahan singkat pada hujung minggu bagi persediaan untuk menghadapi ujian kenaikan lencana Pengakap. Pada sebelah siangnya tiada kejadian-kejadian aneh yang berlaku. Namun pada malam harinya kami telah merancang  untuk mengadakan satu kembara malam ke puncak bukit di belakang sekolah. Saya amat gembira mendengar aktiviti tersebut. Tiba masa yang di tetapkan kami pun bergerak dalam kumpulan menujuk ke puncak bukit. Cuaca pada malam tersebut amat baik dengan bulan purnama dan bintang-bintang menandakan hujan tidak akan turun. Namun begitu apabila kami sampai di puncak bukit, hujan tiba-tiba turun lalu pemimpin kami memutuskan memendekkan masa kembara malam kami. Kami pun di arahkan turun kembali ke kawasan perkhemahan. Dalam perjalanan balik itu saya sudah mendengar beberapa rakan bercerita yang mereka melihat seorang lelaki tua berbaju putih dan duduk di hujung ranting kering yang hanya sebesar jari kelingking sahaja. Saya mula rasa seram tapi saya kuatkan juga semangat saya kerana saya tidak mahu di gelar penakut. Saya masih ingat lagi Skp Suardi yang mengetuai kami ketika kembali ke tapak perkhemahan, ini membuatkan saya agak berani memandangkan skp Suardi merupakan seorang yang berpengalaman dalam hutan.

Skp Suardi mengarahkan kami agar bergerak pantas memandangkan hujan semakin lebat.  Tiba-tiba seorang ahli pengakap senior tergelincir akibat jalan yang agak licin. Saya tak ingat lagi namanya. Mujurlah tida apa-apa kecederaan berlaku dan pejalanan di teruskan. Apabila kami tiba di kawasan perkhemahan hujan tiba-tiba berhenti dan bulan kembali bersinar. Ketika inilah kejadian misteri mula berlaku. Pengakap senior yang tergelincir tadi mula bercakap tanpa henti dan topic percakapanya juga tidak menentu. Ke ganjilan ini di sedari oleh abang Jalut yang perasan pingiran mata abang senior tadi hitam dan pandangannya juga koson. Dia seolah-olah tidak sedar apa yang di perkatakannya. Perkara ini lalu dilaporkan kepada pemimpin kumpulan dan pemimpin kami mengesahkan yang abang senior kami telah dirasuk. Pemimpin kami mengarahkan Skp Nazri dan juga Skp Suardi mengawal kami manakala beliau cuba memulihkan abang senior kami itu. Dari perbicaraan mereka kami dapat tahu yang abang senior kami telah merosakkan sebahagian rumahnya secara tidak sengaja semasa dia tergelincir tadi. Menurut makhluk itu dia Cuma mahu memberitahu kehadirannya di kawasan tersebut dan berjanji akan keluar dari badan abang senior kami. Setelah 15 minit berlalu abang senior kami kembali pulih tetapi dia tidak ingat apa-apa yang berlaku.

Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya ketika itu, sehinggakan untuk bersuara pun saya tidak mampu. Apalagi mendengar suara makhluk tersebut yang menyeramkan. Mujurlah kejadian itu hanya sampai di situ sahaja dan sehingga pagi tiada lagi kejadian-kejadian aneh berlaku dan kami dapat meneruskan aktiviti perkhemahan dengan jayanya.

-Pengakap St Paul-

2 comments:

Anonymous said...

bikin takut ehh

Anonymous said...

skrg ni x pernah udah kemping di st paul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...