BPC Team Seekers beraksi di Bakalau


Kawasan belukar Kg Bakalau
Kalau tak silap saya ini merupakan aktiviti pertama BPC team seekers di kampung Bakalau Beaufort. Perjalanan mistik kali ini seramai 5 orang yang diketuai oleh saudara Sopian. Perjalanan mistik bermula tepat jam satu pagi di mana lokasi pertama kami ialah satu kawasan belukar yang sering dikatakan “keras” dan perpenunggu hinggakan tidak ramai orang yang berani melalui kawasan tersebut ketika waktu malam walaupun lalauan tersebut lebih dekat jika hendak ke kedai. Kami berada di kawasan tersebut  sehingga jam 2 pagi. Setelah puas mengambil gambar kami bergerak pula ke bangunan yang tidak digunakan lagi. Bangunan ini pada asalnya adalah tempat penyembelihan lembu tetapi telah lama tidak beroperasi.


Terpulang pada penilaian anda.. terdapat juga gambar entiti berbentuk kepala tanpa badan dalam gambar ini selain dalam bulatan merah
Di kawasan inilah kami mengalami banyak kejadian mistik. Secara tiba-tiba kamera yang kami bawa tiba-tiba tidak berfungsi. Puas kami cuba perbaiki namun tidak juga berfungsi. Lalu sebagai alternative kami menggunakan kamera dari telefon bimbit. Semasa di dalam bangunan tersebut kami mencium bau busuk yang amat sangat namun kami tidak menjumpai punca bau busuk tersebut. Menurut saudara Sopian yang mampu melihat makhluk halus, terdapat satu makhluk buruk berdiri berhampiran dengan kami dan makhluk tersebut merasa marah dan terganggu dengan kehadiran kami di situ. Selain itu kamu juga di kelilingi asap yang berbau busuk dan juga mendengan suara tulang-tulang dipatahkan. Namun tiada satu pun tulang kami jumpa sepanjang kami berada di kawasan tersebut.

Tepat jam 3 pagi kami bergerak ke destinasi terakhir kami pada malam tersebut iaitu kawasan perkuburan Taman Foo. Di sini juga kami mengalami banyak kejadian-kejadian aneh seperti suara menangis yang mendayu-dayu dan juga suara orang meminta tolong. Bagi membuktikan keberanian seorang peserta bernama Kacong (nama panggilan) menawarkan diri untuk menjadi medium. Dia kami tinggalkan seorang diri di kawasan kuburan tersebut dan kami berkumpul di luar kawasan perkuburan kira-kira 100 meter dari kawasan Kacong berada dan kami telah memasang kamera yang kembali berfungsi dengan baik di sekitar kawasan tersebut. Namun agak malang di mana kami tidak dapat merakam satu pun kehadiran entity di kawasan tersebut walaupun kami dapat mendengar suara-suara yang aneh. Aktiviti kami berakhir apabila azan subuh berkumandang dan kami semua singgah untuk solat berjemaah di surau berhampiran.

p/s   -   Agak malang apabila hampir semua gambar yang di ambil rosak dan hilang. BPC Team Seekers telah membuat keputusan untuk kembali kekawasan tersebut satu masa nanti. Rakaman di kawasan perkuburan juga rosak mungkin akibat jangkitan virus.

       -   Anda yang berminat untuk menyertai aktiviti kembara mistik BPC Team Seekers boleh email butiran lengkap anda kepada beaufortparanormal@gmail.com

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa tidak terus pegi kuburan bakalau...?

Anonymous said...

tidak dapat kebenaran...tu yg tak pegi...

adi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...