Teknik menentang bomoh sihir


Assalamualaikum…

Sekarang ini ramai sangat orang yang menawarkan khidmat bomoh untuk menyusahkan orang. Sudah sering kita dengar si Polan itu mati akibat sihir, si polan ini pula sengsara hidup akibat sihari. Malah ada juga yang sampai bercerai berai akibat sihir yang dikirim oleh bomoh durjana.

Bagi mengatasi masalah ini maka ramailah mangsa sihir datang berjumpa dengan bomoh untuk berubat. Jika terjumpa dengan bomoh yang betul-betul mengamalkan ilmunya dengan baik tidak mengapalah. Tetapi jika terjumpa dengan pengamal ilmu hitam juga maka makin sesatlah ia.



Kejadian sebegini akan terus berlaku selagi manusia hanya bertuhankan nafsu serakah yang akan ditunggangi syaitan yang akan bersedia untuk menyesatkan manusia. Terdapat satu cara yang boleh diamalkan oleh mangsa sihir bagi menentang sihir yang dikirimkan kepadanya. Cara ini terbukti berkesan kerana seorang hamba Allah telahpun mengamalkannya ketika belia sakit akbat sihir.

Caranya ialah dengan membaca Surah Yassin sebanyak 40 kali secara terus menerus. Tidak kiralah seberapa hebat ilmu bomoh sihir tersebut akan tunduk kepada Kalam Allah. Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Antara fadilat membaca surah Yassini ini ialah apabila dibacakan kepada orang sakit maka akan sembuhlah penyakitnya dengan izin Allah. Oleh sebab itulah kepada mereka yang menjadi mangsa sihiramat elok jika mengamalkan membaca surah Yassin sebanyak 40 kali secara terus.

Kita juga boleh membacakan surah Yassin ini kepada mangsa sihir jika ia sudah tidak mampu untuk membaca sendiri. Caranya sama sahaja iaitu dengan membaca surah Yassin secara terus sebayak 40 kali. Cara ini akan membinasakan bomoh sihir berkenaan berserta askat syaitanya hinggakan boleh mangakibatkan kematian atau kesengsaraan kepda bomoh sihir berkenaan dengan izin Allah. Untuk itu perkara ini tidak boleh dibuat main dan hanya digunakan ketika teraniaya sahaja.

4 comments:

Super Earth People said...

Setipa sesuatu mempunyai hati dan Surah Yasin adalah hati bagi Al-Quran

Anonymous said...

memang bagus bomoh2 sihir ni di hancurkan saja..dorang ni bnyak menyusahkan org ja...

Farysha said...

bmh temberang.....

PESUGIHAN MBAH SURO said...

Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura

Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

WhatsApp +62 822 4631 1483




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...