Seekers di Luagan

 


Kali ini hanya bertiga sahaja yang terlibat dalam aktiviti mencari entiti dan lokasi kami adalah di Luagan. Sebenarnya kami brda di Luagan atas satu program perekhemahan yang dijalankan di sini. Kegiatan entiti di sini memang kami dah kesan sejak malam pertama lagi tetapi malangnya tiada satupun yang berjaya kami rakam. Hanya sahaja sepanjang aktiviti kami walaupun agak singkat berbanding aktiviti-aktiviti sebelum ini kami telah mengesan banyak keujudan entiti di sekitar lokasi sasaran kami.



Pada malam kedua ketika semua aktiviti perkhemahan selesai dijalankan, kami kembali kekawasan tersebut tetapi niat kami bukanlah untuk mncari entiti seperti malam sebelumnya. Namu satu kejadian luar biasa telah berlaku dihadan kami sendiri. Dimana paip air yang berdekatan dengan kami telah terbuka dengan sendirinya tanpa ada yang membukanya. Setelah kami perhatikan dengan menggunakan indera ke enam kami dapati kawasan tersebut terlalu ramai entiti yang berkeliaran seperti ada sesuatu yang menarik mereka untuk datang. Setelah disiasat rupanya terdapat peserta wanita yang membuang tuala wanita di tempat yang tidak sepatutnya dan itu telah menarik kedatangan entiti kekawan tersebut. Walaupun tanpa persediaan yang banyak kami cuba juga mengambil gambar dikawasan tersebut namun kami hampa kerana tiada satu pun kehadiran "mereka" dapat kami rakam.

Selain dari paip yang terbuka sendiri, kami juga ada melihat salah seorang urusetia yang berjalan dikawasan tersebut. pada mulanya kehadirannya tidak kami hiraukan. Namun kami mula terfikir sesuatu yang pelik mengenai kehadiran urusetia terbabit di kawasan tersebut kerana kami difahamkan beliau tiada dikawasan perkhemahan ketika itu. Lalu timbul persoalan dalam fikiran kami, siapa yang kami nampak tadi? Untuk memuaskan hati, kami pergi ke tempat yang kami nampak makhluk tersebut bergerak dan kami dapati kawasan tersebut agak semak dan tiada tanda-tanda manusia telah lalu dikawasan trsebut, Ini menguatkan kyaakinan kami bahawa apa yang kami nampak tadi bukan manusia. Kami berhubung dengan beberapa penduduk setempat untuk mendapatkan kepastian, dan mereka mengatakan bahawa kawasan tersebut memang agak "keras" dan penunggu dikawasan tersebut sering menampakkan dirinya. Selain kami beberapa orang peserta juga terlah terlihat "makhluk" tersebut sehinggakan beberapa langkah pencegahan telah diambil bagi mengelakkan kejadian histeria terjadi.






8 comments:

Anonymous said...

tidak hairan kalau di kawasan luagan maklum sajalah masih boleh dikategorikan hutan...

Anonymous said...

pakai night vission udah...

Anonymous said...

rumah moden jg ni...ada hantuka juga...bukan di kawasan rumah lama saja ka yang berhantu..?

Persatuan Suara Belia Beaufort said...

percubaan yg wajar mendapat pujian.. teruskan

Anonymous said...

x semestinya bah..rumah baru juga pun boleh berhantu...hantu ni ada di mana2 btl tak geng BPC

Anonymous said...

betul2 kadang2 rumah baru pun ada hantu juga...rumah x siap pn boleh ada hantu...

Anonymous said...

bukan setakat rumah ja..pokok pun ada antu juga bah

Anonymous said...

btl 2.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...