DIGANGGU SUARA TANGISAN PONTIANAK

Anda Suka? 
Kisah yang diceritakan ini adalah kisah benar dan ianya bermula semasa saya bersama rakan-rakan sukarelawan rakan muda mengadakan satu kem kepimpinan di salah sebuah sekolah menengah di daerah Sipitang pada tahun 2007. Pada masa ini, seramai 150 peserta telah menyertai program ini kelolaan dua buah agensi kerajaan yang bergabung tenaga untuk merealisasikan program ini.

Seperti biasa, saya bersama rakan-rakan seperti  Adi, Ezwan, Bob, Wan, Jijan, Mel, Patricia, Helmi, Joe, Jali, kardi dan beberapa rakan lain telah ditugaskan sebagai Urusetia dan Fasilitator program.  Setelah proses pendaftaran selesai, para peserta di berikan taklimat program dan penempatan bilik tidur.

Pada sebelah malam, setelah selesai semua program, maka para peserta telah dikehendaki untuk tidur. Saya bersama Bob dan Kardi telah ditugaskan untuk menjaga dan berjaga di sekitar hostel perempuan. Kawalan di sini memerlukan pengawasan yang ketat memandangkan hostel perempuan ini berada dihujung sekali dan agak sunyi.  Semua Fasilitator dan Urusetia sudah diberikan taklimat mengenai perjalanan program termasuklah pantang larang serta kawasan-kawasan “keras” yang ada disekitar sekolah ini.



Tepat jam 2.00 pagi, saya bersama bob dan Kardi masih berjaga di kawasan hostel perempuan. Sekali sekala kami mendengar suara ketawa sahabat-sahabat lain dari Dewan Utama. Mungkin mereka sedang berbincang mengenai perancangan Jungle Tracking pada sebelah pagi. Selain daripada itu, suasana begitu sunyi sekali di kawasan itu.

Bob yang memang sudah lama kebosanan tertinjau-tinjau di kawasan sekeliling manakala Kardi sekadar duduk di hujung penjuru hostel berhampiran tandas. 10 minit berlalu hanya kedengaran bunyi cengkerik dan sekali sekala suara para peserta bersuara mengigau. Bob dan Kardi kemudiannya datang ke arah saya yang dari tadi duduk di penjuru hujung sekali hostel, bersebelahan dengan atap koridor hostel ke bangunan utama sekolah tersebut. Oleh kerana kebosanan, Bob telah memasang lagu dari handphone, kalau tidak salah lagu daripada kumpulan Kristal, Nurani. Sebaik saja lagu itu memperdengarkan bait-bait lirik “jangan menangis”, tiba-tiba kedengaran bunyi bising daripada beberapa ekor anjing yang berada di bawah hostel itu. Anjing-anjing ini menyalak kuat dan menangis.
Kami tidak memberi respon dari keadaan itu kerana sudah biasa berhadapan dengan situasi tersebut. Namun beberapa saat kemudian, kami semua mula kehairanan, kerana dicelah-celah lagu dan bunyi salakan serta tangisan anjing tersebut, kami mendengar dengan jelas suara perempuan sedang menangis mendayu-dayu . Bunyinya seperti seorang perempuan yang begitu sedih. Mula-mula kami fikir mungkin ada peserta perempuan yang sedang menangis tapi setelah diamati, suara tangisan itu bukan datang dari bilik hostel perempuan.  Semakin lama semakin kuat bunyi tangisannya.  

Oleh kerana merasakan keadaan yang tidak selesa, saya terus meminta supaya Bob menghentikan lagu tersebut. Setelah dihentikan, tidak semana-mana keadaan terus menjadi sunyi sepi seperti sedia kala. Seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Bunyi salakan dan tangisan anjing terus hilang bersama suara perempuan tadi. Kami mula kehairanan dan berasakan “sesuatu” ada bersama kami. Saya melihat keadaan sekeliling bersama Bob yang menghalakan lampu suluh ke sana sini. Kardi yang dari tadi duduk diam tiba-tiba sahaja melompat. Terkejut dengan respon itu, Bob terus bertanya kenapa. Kardi berkata dia terdengar  seperti ada kain yang diseret di atas atap koridor yang betul-betul berada disebelah tempat kami duduk. Mendengarkan itu, kami terus sahaja berbincang dan mengambil keputusan untuk pergi ke Dewan Utama untuk meminta rakan-rakan lain menggantikan tempat kami berkawal kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini akan berlaku pada kami mahupun para peserta.

Pada keesokannya, saya ada menceritakan hal yang berlaku kepada salah seorang cikgu sekolah berkenaan. Cikgu tersebut mengakui dikawasan tempat kami berkawal itu adalah antara tempat yang paling keras di sekolah tersebut. Malah lokasi tersebut sering menjadi ingauan kepada sesiapa saja yang mengetahui latar belakang kawasan itu. Dikisahkan kawasan tersebut dihuni oleh pontianak yang sering menjadikan tandas dan koridor hostel perempuan itu sebagai tempat “permainannya”. Banyak kejadian telah berlaku dan pihak sekolah telah mencuba pelbagai keadeah untuk mengatasi masalah itu namun sehingga kini, ia masih terus berada di sana. Wallahuaklam. 

-Mohd Bel-

6 comments:

Beaufort Paranormal Community said...

Terima kasih sahabatku Bell kerana selalu berkongsi cerita di blog ini. Semoga Allah memberkati mu dan seluruh keluarga mu. Amin

Anonymous said...

uit jgn ko bgtu, ko sdh bg tugas, ak jalankan jak amanah yg ko berikan.. apapun, alhamdulillah n aminn...

BELL

Anonymous said...

seram ehh..

Persatuan Belia & Beliawanis Kampung Melulugus said...

di kampung melulugus jugak terdapat kwsn yg bhantu

Anonymous said...

bah apa lagi BPC...pegilah d kawasan melulugus...

Anonymous said...

apa nma sklh 2?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...