Pengalaman ini adalah pengalaman sebenar penulis, Mohd Bell dan beberapa rakan seperti Suardi (Suardi Kadir), Nadzley (Mohd Nadzley Harith), Joe (Muhd Junidin Jamlan), Rynnille (Rynnille Elsther Peter), Kahar (Kahar Buntak) dan Ezwan (Mohd Ezwan Hj Salleh).
Malam itu, selepas sahaja selesai Mesyuarat Harian dalam membincangkan hal-hal berbangkit sepanjang program, saya dibisikkan sesuatu oleh rakan saya, Suardi. Oleh kerana tuntutan aspek keselamatan yang memerlukan kawalan rapi sepanjang malam, sesuatu diperlukan untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Program atau lebih tepat perkhemahan peringkat remaja di salah sebuah pantai popular di Kuala Penyu ini berlangsung beberapa hari. Suardi bersama sahabat lain iaitu Joe, Nadzley, Rynnille, Ezwan, Kahar dan saya telah merancang untuk mengembara disekitar kawasan perkhemahan untuk memburu apa-apa sahaja “entiti”, “lembaga”, “kelibat” atau apapun yang seumpamanya dengan berbekalkan kamera digital dan lampu suluh. Kami namakan misi ni sebagai “SEEKERS”.
Seingat saya, jam 1.30pagi kami mula bergerak ke kawasan utara pantai. Di sini kami cuba untuk mengamati keadaan sekeliling serta mengambil beberapa gambar, manatahu ada yang “bertandang”. Kahar cakap “lagi ramai datang, lagi bagus...hehe”. Kami iyakan sahajalah kerana memang itu matlamat kami. Tujuan kami bukan untuk mengganggu keharmonian “mereka”, tapi sekadar untuk “menyelami” dunia mereka.
Sesudah beberapa lama, kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke tapak perkhemahan dan menuju pula ke selatan pantai sambil berjalan perlahan-lahan dan melihat “apa yang patut”. Manalah tahu ada “sesuatu” yang mengintai. Namun nampaknya setakat ini masih belum berhasil. Setibanya di kawasan tapak, beberapa sahabat (Jasni, Kardi dan Mel) yang menunggu dan berkawal di tapak perkhemahan menyatakan keadaan adalah baik dan semuanya berjalan lancar.
Kami meneruskan perjalanan ke selatan pantai. Tiba di sini kami disapa dengan angin laut yang begitu kuat, tidak seperti tadi. Ombak juga kelihatan “besar”. Kami berhenti berdekatan dengan satu pokok tumbang di sana, dan kami mengambil gambar dan berdiri di kawasan itu agak lama. Masih tidak ada apa-apa yang mencurigakan.
Nadzley mula bosan dan mengajak untuk pulang. Sebagai Ketua Urusetia, pastinya banyak kerja lagi yang perlu dibereskan. Dalam perjalanan pulang itu, tiba-tiba kami mendengar suara perempuan meminta tolong seirama dengan alunan ombak dan angin yang kuat itu. Saya dan beberapa sahabat lain yang mendengar mengamati suara itu. Semakin lama semakin kuat dan suara itu seolah-olah meminta kami pergi ke arahnya. Oleh kerana curiga, kami berhenti seketika dan mencari-cari arah suara tersebut namun gagal mengesan sebarang kelibat.
Beberapa rakan menasihati agar kami pulang sahaja kerana kami merasakan perasaan yang tidak enak untuk “melayani” suara tersebut. Selepas itu kami pulang ke tapak perkhemahan. Beberapa rakan yang menasihati agar pulang tadi menyatakan bahawa suara itu adalah suara daripada hantu air yang mungkin mahu mencari mangsa. Hantu air bukanlah makhluk yang boleh dibawa “bergurau” kerana boleh mengancam keselamatan. Kami juga telah meneliti kesemua gambar yang diambil, namum agak hampa kerana tidak terdapat mana-mana gambar yang mendatangkan curiga termasuklah dikawasan suara itu tadi. Walaupun kecewa, namun sekurang-kurangnya misi kami untuk “menerokai” alam paranormal sedikit berhasil dengan mendengar sendiri suara “mereka” walaupun tanpa menampakkan diri.
Catatan ini adalah catatan peribadi “Geng Seekers Rakan Muda”. Dinasihatkan mana-mana kumpulan agar tidak melakukan penerokaan alam paranormal tanpa dianggotai dan diawasi oleh mereka yang mahir mengenai dunia paranormal.
-Mohd Bell-
11 comments:
aku pernah dgr ttg geng ini...masih aktif ka lagi dorg ni skrg...?
di sawangan ka aktivitini...kalau d sawangan aku mungkin salah sorg pesertanya...heheheh
Sekarang ni geng seekers rakan muda kurang aktif memandangkan kebanyakan ahlinya sibuk dengan komitmen lain
sana tu mimang byk antu
bah geng kita pegi sana lagi mcm?
bah insyallah nanti ada masa kita p sana...xda hal.. nanti atur..
BELL
yg bukan ahli geng seekers rakan muda boleh join ka...?
aktiviti yg sgt menarik
aku mau join bah...siapa yang boleh aku hubungi untuk join kamu punya aktiviti
nak ajak geng sekers rakan muda untuk seekers tempat saya pula di bario sarawak..tempat helikopter terhempas...
uii na jauh juga tu...sampai sarawak tu..fuyooo
Post a Comment