Aktiviti tanpa dirancang di Ulu Membakut

Sebenarnya projek kali ini bukanlah dirancang dengan teliti sebab itulah peralatan yang kami gunakan ala kadar sahaja. Gambar pun banyak yang gelap sahaja tak nampak apa-apa. Ketika itu beberapa orang ahli Beaufort Paranormal Team (BPT) terlibat dalam satu perkhemahan Pengakap jauh ditengah hutan. Kalau tak silap sayalah Kem Survival Pengakap tu yang buat tengah hutan.


Dalam bosan-bosan nak menunggu hari siang timbulah idea untuk mengambil beberapa gambar disekitar kawasan tersebut terutama disekitar kawasan anak sungai. Pada mulanya kami cuma bergerak bertiga, tetapi pergerakan kami disedari beberapa urusetia perkhemahan yang lain dan mereka terus meminta untuk terut serta. Bagi pihak BPT tak ada masalah lalu mereka kami jadikan subjek dan kami tinggalkan di beberapa kawasan tetapi secara berkumpulan kerana mereka tidak mahu berpecah. Sayang sekali kami tidak mempunyai peralatan yang mencukupi. Satu-satunya kamera digital yang kami bawa pula tiba-tiba gagal berfungsi walaupun telah kami cas penuh sebelum bergerak.


Kami tinggalkan subjek selama hampir 2 jam. Kami hanya mengambil subjek apabila salah seoran menghubungi kami kerana sudah tidak tahan dengan gangguan yang mereka alami. Menurt subjek mereka sering mendengar suara orang menangis disertai bau busuk yang begitu meloyakan. tetapi yang hairannya perkara tersebut tidak dialami oleh salah seorang ahli BPT Crew yang kami tugaskan untuk memantau keselamatan mereka.

Sebenarnya banyak kejadian misteri yang berlaku sepanjang perkhemahan tersebut antaranya kelibat orang tua bongkok yang tidak dikenali berlegar-legar ketika waktu maghrib dan adajuga peserta program yang mengalami gangguan ketika tidur apabila mereka terasa ada sesuatu yang menghempap badan mereka sehinggakan tidak boleh bergerak.

Satu-satunya gambar yang terdapat objek asing ialah gambar yang kami ambil ketika hendal masuk kekawasan anak sungai. Terpulang pada anda untuk menafsirkannya.

8 comments:

Anonymous said...

bagus oo... try lagi

bell

Anonymous said...

bah geng join la nanti kalau ada projek baru..

adi

Anonymous said...

bah nantilah klu ada klapangan..

bell

Anonymous said...

21hb april jam 11.00 kumpul d al amin...kita p cari tu antu lagi..bawa kamera...k...


toy kb

Beaufort Paranormal Community said...

bah kalau ada masa join la...

Anonymous said...

dorg c ros bah tu kan...

Relax and cool said...

haluuuuu....kamu ada page ka di Facebook....kalau ada promote bh.. :p

Anonymous said...

akan di pertimbangkan saudara ku Relax and cool... dulu dah ada fb ni tp x berapa aktif sgt dgn fb... :)

adi BPC Team Seekers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...