Setiap manusia mempunyai tenaga dalam secara semula jadi. Namun begitu tidak semua mampu untuk menggunakannya. Apa sebenarnya tenaga dalam? Ada yang menyebutnya reiki, ada juga yang mengatakan inner power, ada juga yang menyebut aura, malah ada yang menamakan shin. Walau apapun namanya tenaga dalam ialah satu sumber kekuatan dalaman manusia yang sukar diterjemahkan melaui kata. Untuk lebih memberi kefahaman kepada anda, pernahkah anda mengalami situasi dikejar anjing. Pada ketika itu anda akan mampu berlari dan mampu melompat pagar lebih tinggi dari kemampuan normal anda hinggakan kadang kala anda sendiri tidak percaya dengan apa yang telah anda lakukan. Inilah yang boleh saya gambarkan mengenai tenaga dalam yang dijana oleh minda bawah sedar anda. Persolannya ialah kemampuan kita menggunakan tenaga ini dalam kedaan normal.
Kajian saintis pada diri manusia ada menyatakan bahawa di dalam tubuh badan manusia itu mengandungi 500 juta voltan. Tenaga ini mampu memberi tenaga elektrik untuk satu banda besar. Cuma sayang kita tidak dapat menggunakan sumber tenaga ini dalam keadaan biasa. Namun begitu dengan latihan sebenarnya kita mampu mengawal tenaga dalam kita.
Kenapa kita perlu menguasai tenaga dalam?
Banyak manfaat yang kita perolehi jika dapat mengusai tenaga dalam terutama mereka yang berminat dalam dunia paranormal. Namun begitu tenaga dalam juga boleh digunakan dalam kehidupan harian seperti digunakan sebagai pendiding diri, menaikkan kewibaan diri, pengasih, pertarungan dan sebagainya. Jika anda gunakan untuk tujuan baik maka baiklah jadinya tetapi jika anda menggunakan untuk tujuan jahat maka jahatlah jadinya.
Tenaga dalam juga sering dikaitkan dengan tenik pernafasan. Malah teknik ini sering digunakan oleh mereka yang belajar seni mempertahankan diri. Ia bukan sahaja digunakan di nusantara malah teknik pernafasan ini turuk digunkan oleh para pahlawan Jepun, China malah ada juga dari Eropah yang menggunakan teknik pernafasan untuk meningkatkan potensi diri. Banyak kaedah latihan yang boleh dilakukan dalam melatih pernafasan kita dan ini akan kita bincangkan pada masa akan datang. Pada kali ini saya akan tumpukan pada latihan membangkitkan tenaga dalam sahaja.
Secara umumnya semua ilmu ghaib akan berfungsi dengan baik jika kita sudah dapat mengendalikan tenaga dalam kita. Terdapat beberapa cara untuk membangkitkan tenaga dalam kita bergantung kepada perguruan yang kita sertai malahan ada yang memerlukan masa yang lama disamping latihan yang berterusan untuk mengeluarkan tenaga dalam. Namun begitu anda boleh cuba latihan dibawah ini. Saya nasihatkan anda untuk lebih bayak bertanya kepada mereka yang pakar bagi memastikan anda benar-benar dapat membangkitkan tenaga dalam anda dengan baik.
Caranya :
1. Pertama sekali, duduk bersila, Baca surah pendinding bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Digalakkan membaca ayatul Qursy dan juga surah 3 Qul (Al-Ikhlas, An-Aas dan Al-Falaq) Kemudian niatkan dalam hati “Ya Allah bangkitkan tenaga dalam ku”. Tumpukan fikiran anda kepada satu titik sahaja. Bayangkan seluruh energi dalam badan anda mengalir ke pusat anda. Bayangkan satu cahaya putih sedang berkumpul dipusat anda. Itulah energi anda. Anda boleh rasakan aliran energi anda ketika berkumpul di pusat anda.
2.Angkat kedua tangan anda sejajar di depan dada. Rapatkan kedua tapak tangan anda seperti ketika mengangkat sembah di istana. Tarik nafas dalam-dalam sambil anda cuba salurkan cahaya putih atau energi anda tadi secara perlahan-lahan kearah tangan kanan anda kemudian masuk ketangan kiri anda melalui tapak tangan anda dan kembali kepusat. Cuba kawal kelajuan aliran energi anda.
3. Jika anda sudah mampu mengawalnya cuba terbalik arah energi anda dari kiri kekanan. Jika anda juga dapat mengawalnya cuba alirkan secara serentak. Setelah itu cuba alirkan keseluruh badan anda. Anda akan dapat merasa perubahannya jika anda sudah sampai ketahap ini. Anda akan rasa badan anda akan lebih ringan, kekuatan anda bertambah dan kesihatan anda semakin baik.
4. Jika anda masih tidak dapat merasakan jangan putus asa cuba lagi. Tidak semestinya percubaan pertama anda akan berjaya. Setelah semuanya selesai dan anda ingin mengakhiri latihan anda. Letakkan tapak tangan anda ke lantai kemudian salurkan energi yang berlebihan ke bawah.
Latihan ini hendaklah dilakukan berterusan. Namun begitu saya nasihatkan anda untuk menyertai mana perguruan agar anda lebih mudah membangkitkan tenaga dalam anda dengan adanya bimbingan dari seorang Guru dan sebaik-baiknya pilihlah perguruan yang berteraskan Islam.
By Mr Pranormal
9 comments:
dimana boleh belajar ilmu ni...
carilah guru yang terbaik...
saya harap orang islam semua..belajarlah tenaga dalaman secepat mungkin...kita di akhir zaman....musuh kita yahudi laknatullah.....andai dapat dibunuh yahudi laknatullah dah lama aku buat ..
Carilah mana-mana persatuan silat yang ada 'Gayong' pada namanya. Namun saya dapati Gayong Malaysia tidak menekankan ilmu batin.
Ini berdasarkan pengetahuan saya.
Erm..tol2...dlu sy silat gayong..tp bkn de kebatinan pon..just ilmu perthnkn dri je..
Salam bro..mcm na nak gerakkan benda mati spt kertas batu dll guna tenga dalam??
Tenaga dalaman ni bole jugak klo dilatih dgn melakukan senaman2 tua yg diamalkan dlm seni pertahanan diri
Qobiltu ijazah Ustad
Qobiltu
Post a Comment