Pengalaman di Bukit Melingsung

Anda Suka? 

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kat BPC kerana sudi memberi saya peluang untuk berkongsi pengalaman di blog ini. Untuk makluman saya merupakan salah seorang pengemar cerita-cerita seram ini. Untuk kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya di Bukit Melingsung.


Tujuan saya bukanlah untuk menakut-nakutkan korang, tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman sahaja. Cerita ini bermula bila saya dan beberapa orang rakan hendak pergi ke stadium Likas . Nak tengok bola laaa. kami menggunkan 2 buah kereta sebuah jenis space cab sebuah lagi jenis wira. Saya dan 4 org lagi menumpang kat wira manakala 4 org lagi menaiki space cab dan berada di hadapan kami. Kami singgah sekejap di pekan papar manakala space cab meneruskan perjalanan. Kami dapat kejar kereta sebuah lagi tu di kaki bukit melingsung. Kami berasa hairan kerana terdapat seorang wanita tua sedang mendukung baby berada di bahagian belakang space cab rakan saya. Kami tertanya-tanya kenapa ali (pemandu kereta space cab)tidak bagi masuk perempuan tua tersebut kedalam kereta sedangkan hujan gerimis sedang turun. Kami cuba memotong space cab dengan tujuan untuk memberi tahu si ali supaya membenarkan perempuan tua itu menumpang dalam kereta. Tetapi Ali tidak peduli. Lalu kami pun terus memotong dan menunggu mereka di Stesen minyak petronas. Apabila sampai di stesen minyak, ali pun berhenti. Kami terus bertanya kenapa dia tidak benarkan perempuan tua itu masuk kedalam keretanya. Alangkah terkejutnya kami semua bila semua yang berada di dalam kereta space cab itu mengatakan mereka tidak menumpangkan sesiapa sepanjang perjalanan. Memang benar di belakang kereta tersebut telah tiada orang tua tadi yang ada cuma batang pisang yang masih baru. Untuk pengetahuan kejadian ini berlaku ketika azan maghrib sedang berkumandang di radio. Siapa perempua tuan yang kami nampak tu..? itulah pengalaman saya Terima kasih...

Lola Membakut, Sabah

2 comments:

Anonymous said...

sama pula pengalaman kita...cuma saya bukan org tua tetapi perempuan muda dukung batang pisang...

Anonymous said...

melingsung memang terkenal ooo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...