Hari Raya | sunnah vs adat?



Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. Ramadhan sudah pun berlalu pergi meninggalkan kita, pergi membawa segala kelebihan yang terdapat didalamnya. Sekarang tibalah saat untuk kita menyambut dan meraikan ketibaan syawal dengan segala kegembiraan bagi orang-orang yang telah melaksanakan segala amalan yang terdapat dalam bulan ramadhan.

Orang bijak pandai ada mengatakan bahawa bulan ramadhan umpama satu madrasah yang akan mendidik iman kita kearah yang lebih baik manakala bulan syawal pula ialah bulan untuk kita meraihkan kemenangan bila mana kita berjaya melalui segala cabaran sepanjang Ramadan. Namun sedarkah kita bahawa sepanjang syawal kita banyak melakukan hal-hal berkaitan dengan adat berbanding ibadah, malah mungkita selama ini kita tidak sedar selama ini kita hanya melakukan sebuah kebiasan yang terkandung dalam adat sahaja. Namun begitu tidak salah jika kita masih meneruskan adat kebiasaan tersebut kerana masih terdapat kebaikan di dalamnya dan tidak melanggar hukum syarak.

Antara adat yang sering kita jalankan ketika syawal dan sering di ertikan sebaagai amalan sunnah

1.       AMALAN KUNJUNG MENGUNJUNG - Menjaga silaturahim antara keluarga, sanak saudara dan juga jiran tetangga amat di tuntut dalam agama. Sebab itulah mengapa amalan kunjung-mengunjung juga digalakkan ketika hari raya walaupun ia bukanlah satu amalan sunnah. Mungkin ada diantara kita menyangka bahawa amalan kunjung mengunjung ini merupakan satu amalan ibadah dalam bulan syawal. Namun begitu amalan ii tidak dilarang kerana ia tidak melanggar syarak asal sahaja ia masih berlandaskan panduan agama.

2.       BERMAAF-MAAFAN – Saling bermaafan di hari raya walau bukanlah sebuah amalan sunnah di hari raya tetapi amat dituntut bukan sahaja di hari raya tetapi juga di tuntut setiap hari. Namun dengan adanya hari raya dimana kita akan ada peluang utuk berjumpa dengan sanak saudara yang sebelum ni agak sukar untuk berjumpa dan berkumpul bersama maka tidak salah untuk mengambil peluang sempena hari raya untuk kita saling bermaafan dengan ahli keluarga, sanak saudara dangan rakan taulan Kerana sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa.

3.       MENGHIAS RUMAH DAN BERPAKAIAN BARU – Hari raya dikatakan sebagai hari untuk kita merayakan hari kemenangan setelah mengharungi cabaran di bulan ramadhan. Untuk itu tidak salah untuk kita bergembira pada hari tersebut dengan menghias rumah dan berpakaian baru sebagai tanda bersyukur dengan kemenangan kita di bulan ramadhan asal saja tidak berlaku pembaziran dan masih dalam kemampuan kita.

4.       AMALAN MEMBERIKAN DUIT RAYA – Amalan memberikan duit raya lebih kepada amalan bersedekah. Kerana amalan bersedekah juga amat digalakkan dalam agama maka amalan memeberikan duit raya juga digalakkan sebagai tindakan bersedekah cuma diharapkan ia bukan sahaja dilakukan ketika hari raya tetapi dapat diteruskan dibulan-bulan lain selain syawal.

 Ini merupakan antara lain amalan-amalan adat yang sering kita lakukan ketika hari raya. Walaupun amalan ini hanya merupakan adat kebiasaan tetapi ia tidak dilarang untuk dilakukan ketika hari raya asalkan masih tidak menyalahi hukum syarak.

 Kita sudah mengetahui beberapa amalan yang menjadi adat kebiasaan kita pada hari raya sekaran mari kita sama-sama pelajari beberapa amalan ibadah yang sepatutnya kita lakukan di hari raya.

 1.       PUASA 6 – Walaupun hanya merupakan amalan sunnah tetapi ganjaran pahala yang ditawarkan amat besar sehinggakan bagi sesiapa berpuasa selama 6 hari pada bulan syawal maka pahala yang bakal didapatkan sama seperti dia berpuas sepanjang tahun. Malangnya tidak semua mampu untuk menjalankan ibadah puasa 6 ini

2.       MENJAGA AMAL IBADAH YANG DILAKUKAN SEPANJANG RAMADHAN -  Jika sepanjang bulan ramadhan kita rajin melakukan amal ibadah maka seharusnya di bulan syawal juga kita harus tetap sama dalam mengerjakan amal ibadah. Jika sepanjang Ramadan kita boleh menghabiskan 30 juz al-Quran maka di bulan syawal juga begitu.

3.       MEMPERBANYAK ZIKIR DAN DOA – Memperbanyakkan zikir dan doa adalah amalan sunnah yang amat di anjurkan. Jika sepanjang ramadhan kita rajin berdoa maka seharusnya kita lebih giat lagi brzikir di bulan syawal dan bulan – bulan seterusnya., Begitu juga dengan berdoa kerana Allah menunggu untuk kita bedoa dan meminta pada Nya dan Allah pasti akan mengabulkan

4.       MENJAGA SILATURRAHIM – Menjaga siturrahim memang amat – amat di tuntut dalam agama. Sebab itulah amalan kunjung mengunjung dia adakan dibulan syawal. Namun begitu makna sebenar menjaga silaturrahim bukan lah dengan saling mengunjungi sesame kita, tetapi kita juga haruslah menjaga tutur kata dan juga tingkah laku agar tidak menguris perasaan keluarga, saudara, rakan-rakan dan juga jiran tetangga kita.

 Sekarang kita sudah berada di bulan syawal maka sebaiknyalah kita terus menjaga amal ibadah kitauntk terus meningkatkan ketakwaan kita. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATING DARI KAMI DI BEAUFORT PARANORMAL TEAM, semoga amal ibadah kita diterima Allah.. amin ya Rabbal alamin.

 

2 comments:

Liam said...

I'm grateful for the positive and uplifting energy your blog brings into the digital space.

Frumzi said...

Your blog is a virtual sanctuary of wisdom and inspiration.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...