Pengalaman berdepan dengan jin ilmu



kejadian ini berlaku dalam penghujung tahun 2022 lalu. Seorang sahabat bernama pian (bukan nama sebenar ada menghubungi aku untuk membantu dia dalam merawat seorang anak saudara seorang kenalan yang sering kerasukan. Aku bersetuju untuk membantu dengan syarat aku hanya berperanan sebagai pembantu bukan sebagai perawat. Dalam jam 9 malam kami bertolak kerumah mangsa kerasukan. Bila sampai sahaja d rumah yang dituju aku sudah pun merasa aura negatif yang agak pekat. Malah aku juga merasakan ada unsur-unsur sihir dalam rumah berkenaan.

Pertama sekali aku cuba mendapatkan inormasi bagaimana kejadian ini bermula.


Dari cerita beberapa ahli keluarga mangsa aku dapat tahu bahawa mangsa ini begitu berminat dengan hal-hal yang berbau mistik maka mangsa sering belajar berkaitan ilmu-ilmu ghaib melalui laman web dan youtube. Seperti yang kita tahu bahawa belajar tanpa guru ibaratnya berguru dengan syaitan. Ketertarikan mangsa terhadap ilmu-ilmu mistik ni telah menarik perhatian beberapa ekor jin untuk berdamping dengan alasan untuk membantu walau hakikatnya ianya telah menjerumuskan mangsa dengan satu masalah yang berat.


Seekor jin telah berjaya mendapingin mangsa dan telah memberi satu yang kononnya satu kelebihan iaitu kemampuan melihat dan mengesan kehadiran makhluk-makhluk ghaib di sekitarnya. Masalah mula timbul bila mana mangsa mula tertarik dengan kemampuannya itu. tanpa pendinding diri yang memadai, setiap kali mangsa cuba untuk melihat jin maka dia akan di rasuki oleh jin yang di lihatnya hinggakan ia agak menyusahkan ahli keluarganya. Lebih parah lagi bila mangsa merasa seronok bermain-main dengan ilmu barunya itu. Maka ia sering lah mencuba berkomunikasi atau melihat jin-jin yang ada d sekitarnya membuatkan ia selalku kerasukan. Mangsa tidak peduli bila di nasihatkan untuk tidak menggunakan ilmunya itu kerana ia akan menimbulkan mudarat buatnya. Setlah menjalani satu proses rawatan yang panjang akhirnya penglihatan mata batinnya atau pun hijabnya dapat kembali di tutup. Namun minatnya terhadap ilmu-ilmu mistik masih mendalam untuk itu mangsa telah kami kenalkan dengan seorang ustazah yang telah bersetuju untuk membimbing mangsa dalam mempelajari ruqyah bagi membolehkan mangsa membantu orang lain nanti.


Kisah ini merupakan hasil kiriman seorang sahabat kepada pihak admin. Sekali lagi admn tegaskan kami di BPC Team Seekers tidak melakukan rawatan kami hanya sekumpulan orang yang melakukan eksplorasi ke kawasan-kawasan yang keras. Kalau rakan-rakan sekalian ada pengalaman-pengalaman mistik yang mahu di kongsikan boleh lah menghubungi admin diruang komen. Admin akan menghubungi rakan-rakan kembali secepat mungkin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...