Amalan dan kelebihan malam nisfu syaban



 Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]

Dari hadis ini jelas dilihat keutamaan malam nisfu sya'ban dan semestinya kita tidak boleh lepaskan dengan melakukan pelbagai ibadah bagi mencari keredhaan Allah.

AMALAN NISFU SYA'BAN

1.     MEMBACA SURAH YASSIN SEBANYAK TIGA KALI DENGAN NIAT KHUSUS.



Menjadi amalan yang sering di amalkan ketika nisfu syaban ialah dengan membaca surah yassin sebanyak 3 kalidengsn niat khusus, di mana yasin yang pertama di niatkan untuk agar dipanjangkan umur dslam ketaatan manakala yassin yang ke dua pula diniatkan untuk agar di kurniakan rezeki zahir dsn batin yang berkah, halal dan bermanfaat. Manakala yassin yang ktiga di niatkan agar diberikan kematian khusnul khotimah dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

2.     MEMBACA DOA NISFU SYABAN.



KEMULIAAN MALAM NISFU SYA’BAN

1. DITURUNKAN KEAMPUNAN



Nabi Muhammad SAW Bersabda: Sesungguhnya Allah memandang hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampuni mereka kecuali yang musyrik dan pendendam. (Hadits sahih Riwayat Ibnu Majah)


2. DOA DIKABULKAN:



Imam Syafi’i mengatakan: Saya pernah mendengar kabar bahawa Nabi Muhammad SAW mengatakan 5 malam doa tidak ditolak Allah iaitu malam 1 Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Aidilfitri, malam Aidil Adha dan malam Jumaat.


3. MALAM PENETAPAN NASIB MANUSIA DI LAUHUL MAHFUDZ

Ketika Rasulullah SAW membacakan firman Allah di surah arr'du ayat39 "Allah menghapuskan catatan nasib manusia dan menetapkannya, sebab dialah pemilik buku induk kehidupan". Rasulullah berkata demikian pad malam nisfu syaban.

Pada tahun ini malam nisfu syaban jatuh pada hari khamis malam jumaat yang pastinya mempunyai keistimeaannya yang tersendiri. Sama-samalah kita meningkatkan kan amalan kitauntuk mencari keredaan dan keampunan Allah. Dan kita menjadi golongan yang dicintai oleh Allah SWT.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...