3 jenis hantu yang sering menjadi topik perbualan


Bercerita tentang hantu kadangkala menarik walau kadang kala menyeramkan walaupun hinggakan terpaksa bermalam di rumah kawan di sebabkan tekut untuk pulang malam namun untukberhenti bercerita memang susah untuk berhenti kadangkala makin tengah malam makin seronok dan rancak bercerita. 

Kisah-kisah seram memang banyak menjadikoleksibagi mereka yang suka berjaga malam. Namun sedarkah kita tiga jenis hantu yang sering menjadi bahan cerita ketika melepak mugkin disebabkan hantu-hantu ini aktif berkeliaran atau memang hantu-hantu ini menjadi primadona bagi golongan-golongan hantu yang ada di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Kenapa 3 negara ini saja yang saya sebut kerana ketiga-tiga negara ini terdapat persamaan budaya di kalangan masyarakat di ketiga-tiga negara ini.

1. POCONG


Hantu Pocong berada dalam senarai pertama. Apabila kita berkumpul-kumpul dengan rakan-rakan biasayaselalu juga akan terkeluar kisah-kisah tentng pocong. Pocong biasanya berwujud mayat yang lengkap berkain kafan. Pocong juga di kenal dengan nama hantu bungkus atau pun gula-gula mungkin disebabkan keadaan fizikalnya yang berbungkus dan meyerupai gula-gula.

Pada kebiasaannya cerita-cerita tentang pocong yang sering menjadi topik perbincangan biasanya berkisar tentang kenakalan rakan-rakan yang suka menyakat rakan-rakan lain dengan menyamar sebagai hantu pocong untuk menakutkan rakan-rakan yang lain. 

Pernah ada satu kejadian sebegini berlaku dalam satu progam semacam kem bina semangat anjuran sebuah persatuan belia. Terdapat seorang peserta lelaki yang agak nakal cuba menakut- nakutkan rakan - rakan wanitanya. Peserta lelaki itu menyamar sebagai pocong dengan menggunakan selimut yang menyelubungi seluruh badangnya. Dia bersembunyi di satu tempat yang gelap kemudian menyergah rakannya tetapi malang bagi peserta lelaki tadi jerana secara refleks peserta perempuan menghayunkan batang penyapu yang ada dalam genggamannya dan mengenai kepalanya. Yang lebih malang lagi pada malam itu juga berlaku kejadian histeria mungkin di sebabkan beberapa peserta yang betul - betul ketakutan. Sebenarnya banyak lagi kisah yang berkaitan dengan hantu pocong yang sering menjadi topik perbualan.

2. Langsuir


Bagi yang mempunyai hobi berkhemah di hutan pasti sudah tahu tentang sejenis hantu yang di kenali sebagai langsuir. Langsuir yang menyerupai wanita cantik yang gemar menakutkan mangsanya. Biasanya langsuir sering berlegar - legar sambil ketawa mengilai dengan suara yang menyeramkan hingga mampu menegakkan bulu roma yang mendengarkannya.

Ada satu cerita yang pernah berlaku malah cerita ini pernah di laporkan dalamsalah satu surat khabar arus perdana di Malaysia mengenai gangguan hantu langsuir di beberapa kampung. Menurut penduduk yang melihat makhluk tersebut menggambarkan makhluk itu berujud wanita yang berambut panjang dan mempunyai taring serta mampu terbang sambil ketawa mengilai menagis sendu. Bagi yang sering berkhemah dihutan juga pasti banyak kisah - kisah berkaitan dengan hantu langsuir ini.

3. Pontianak


Pontianak mungkin hantu yang paling popular dalam masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Indonesia pontianak lebih dikenali sebagai kuntilanak. Nama yang berbeza tetapi merujuk pada hantu yang sama.

Ada satu cerita yang berlaku pada masa PKP yang pertama dahulu dimana terdapat satu pos kawalan SJR dimana anggota yang bertugas digangu pontianak ,cuma kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan samaada benar berlaku atau sekadar cerita pengisi masa lapang.

Malah sering juga berlaku kenakalan anak muda yang cuba mengganggu rakan - rakan mereka. Terutama ketika bulan ramadhan. Akan ada anak muda yang nakal akan mengganggu orang - orang yang balik dari solat taraweh. Malah ada yang menveritakan samapai imam sendiri turut melarikan diri bila di sergah dengan pontianak jadi - jadian ini.Malah ada yang terkeluar macam - macam doa hinggakan doa makan pun turut terkeluar akibat kepanikan berjumpa pontianak jadi - jadian ini.

Sebenarnya banyak lagi jenis - jenis hantu yang sering menjadi topik perbincangan pengisi masa lapang ketika sesi minum kopi di waktu malam bersama rakan - rakan. walaupun cerita - cerita ini aga menyeramkan tetapi tetap masa - masa ini tetap menjadi masa yang terbaik dan sering menjasi kenangan.  Pihak admin mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang mahu menyumbangkan kisah atau pengalaman seram yang pernah di alami. Emailakan sahaja kepada beaufortparanormal@gmail.com. Nanti admin akan paparkan di blog, jika ada gambar yang memperlihatkan penampakan entiti boleh juga emailkan kepada admin ya terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...