tanda-tanda jika seseorang itu memiliki saka.


 Saka ialah golongan jin yang di warisi kerana sudah mengadakan perjanjian dengan nenek moyang terdahulu untik tujuan tertentu seperti kekuatan, perubatan, perbidanan, kecantikan, penjagaan, untuk kebudayaan. Mewarisi saka ini boleh berlaku sama ada secara sedar atau pun tidak. Pada zaman dahulu nenek moyang beranggapan bahawa saka ini amat diperlukan dalam kehidupan. Selaras dengan peningkatan ilmu pengethuan agama maka masyarakat sekarang mula menolak saka keturunan.namun apakan daya masih ada juga yang telah mewarisi saka secara tidak sedar. Nama-nama seperti hantu raya, polong dan pelesit memng agak terkenal dalam masyarakat melayu.

Berikut merupakan bebrapa tanda jika anad telah mewarisi saka keturunan. tanda-tanda ini terbahagi kepada dua mengikut dato ustaz Syarhan Shafie iaitu tanda semasa jaga dan tanda semasa tidur


TANDA SEMASA JAGA

1.    Sering sakit yang tidak dapat dikesan oleh pihak hospital

2.    Sentiasa sakit pada bahagian belakang atau sakit kepala migraine walausudah puas berurut dan makan ubat tetapi tiada kesan.

3.    serig terdapat kesan-kesan lebam pada tubuh ketika bagun dari tidur.

4.    Sering nampak kelibat dalam rumah juga sering terdengar bunyi guli bergolek merupakan rumah sedang d hantui.

5.    Sentiasa pemarah walau hanya disebakan masalah kecil sahaja

6.    sering berdebar tanpa sebab

7.    selalu rasa mengantukketika berada dalam majlis-majlis ilmu

8.    sering ketawa atau menagis dalam tidur.

9.    ketika tidur bunyi gigi berlaga seperti sedang makan kacang.

TANDA SEMASA TIDUR

1.    Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.

2.    Mimpi di patuk atau di belit ular.

3.    Sering mimpi dikejar binatang sehingga terasa kepenatan seolah-olah benar-benar berlari.

4.    sering bermimpi berada di kawasan kotor, kewasan kubur atau kawasan sunyi.

5.    Paling utama adalah bermimpi menyusui bayiadau kanak-kanak.

6.    sering mimpi sesat

7.    mimpi menerima sesuatu dari orang yang telah meninggal.

8.    sering bermimpi diancam dengan benda-benda tanjam seperti paku, kaca pisau dan sebagainya.(mimpi yang mengerikan)

9.   Bermimpi dia berada dalam satu suasana yang berlaku ketikadia masih kecil dahulu.

Jika sesiapayang ada tanda-tanda seperti di atas sila mendapatkan rawatan atau di periksa ke perawat Islam yang sebenar. kerana saka ini boleh di buang oleh orang-orang yang betul-betul pakar sahaja kerana ia melibatkan perjanjian biasanya melibatkan tempoh masa yang panjang seperti 7 keturunan sebelum perjanjian itu terbatal. Kita kena lawan dan tidak tunduk kepada saka ini.

wallahualam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...