Mengenal perawat Islam yang sebenar.


Bukan niat untuk menutup pintu rezeki bagi para perawat alternati yang lain, hanyalah sekadar satu perkongsian kepada orang ramai agar tidak tertipu dengan para perawat yang mengaku menggunakan kaedah rawatan Islam tetapi sebenarnya hanya sekadar mengambil kesempatan terhadap musibah orang lain. hasilnya pesakit bukan nya mendapat kesembuhan malah harta habis tergadai. Malah tidak kurang juga yang sakit semakin parah bila di rawat oleh perawat palsu, sehinggakan ada juga yang menjadi mangsa gangguan seksual.


Untuk itu kami di BPC akan kongsikan beberapa ciri-ciri perawat Islam yang sebanar. Sila semakartikel ini agar tidak timbul salah faham.

1.    Perwatakan perawat biasanya menyenangkan.

       Biasa perwatakan perawat mempunyai wajah yang sembut dan akan menimbulkan kesan Menyenangkan bukanya dengan wajah yang garang dan terkean bengis. Ini di sebabkan kebanyakan mereka ini adalah dari kalangan ustad-ustad yang sentiasa menjaga adab mereka dan mempunyai hati yang bersih hingga terpancar pada wajah mereka.

2.    Tutur kata yang lembut dan tidak sombong bila berkata

        Perawat sebenar selalunya akan merendah diribila berkata-kata walaupun dia sebenarnya mempunyai ilmu dalam bidang rawatan yang tinggi, tetapi perawat Islam yang sebenar akan selalu berkata bahawa dia hanya berusaha Allah sahaja yang berkuasa menyembuhkan. Bukan seperti perawat palsu yang biasanyaberkata dengan sombong "awak ni terkena buatan orang, mujurlah awak jumpa dengan tok. tak ada orang lain yang mampu,emngubat awakkecuali yok sahaja yang mampu"

3.    Cara rawatan yang jelas sumbernya.

        Para perawat Islam yang sebenar mempunya cara rawatan yang jelas besumberkan al-quran dan hadis bukannya menggunakan matera-mantera yang kadangkala tidak kita fahami maknanya.. Malah ada juga perawat palsu yang mencampur adukkan ayat-ayat al-quran dengan mantera-mantera yang tidak jelas. perawat Islam tulen juga tidak akan menyeru nama-nama selain nama Allah malah nama-nama wali pun tidak akan diseru untuk diminta pertolongan. sedangkan perawat palsu banyak menyeru nama-nama yeng pelik. Penggunaan bahan-bahan dan peralatan untuk rawatan juga adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak seperti penggunaan air, garam, limau nipis dan sebagainya asal tidak bercanggah dengan hukum syarak. Syarat-syarat rawatan yang di kenakan juga tidak pelik-pelik. tidak seperti perawat palsu yang kadangkala mengenakan syarat yang tidak masuk akal seperti tempat rawatan hanya djalankan di dalam hutan dengan meminta bahan-bahan rawatan yang jelas-jelas bertentangan dengan hukum syarak seperti menggunakan tanah kubur , darah ayam hitam keris, malah ada juga yang menggunakan tengkorak manusia.

4.    Sentiasa menjaga aib pesakit dan sentiasa mengelakkan fitnah

        Perawat sebenar akan sentiasa menitikberatkan hal-hal berkaitan dengan aurad sama ada aurad perawat itu sendiri dan juga aurad pesakit yang di rawatnya. Perawat juga akan selalu meminta agar pesakit di temani oleh waris pesakit itu sendiri sepanjang tempoh rawatan bagi mengelakkan fitanah. Perawat Islam juga tidak akan sewenang-wenangnya menyentuh pesakit yang berlainan jantinajiak terpaksa untuk menyentuh perawat tersebut akan menggunakan sarung tangan. Berbeza dengan perawat palsu yang kadangkala tidak menjaga auradnya apalagi aurad pesakit hingga kadangkala boleh menimbulkan aib. selain itu antara syarat perawat palsu ialah dia tidak boleh di temani oleh sesiapa pun sepanjang proses rawatan ini akan menimbulkan fitnah dan membuka kepada bahaya baru kepada pesakit terutama jika perawat dan pesakit adalah berlainan jantina.

5.    Tidak mengenakan bayaran tertentu kepada pesakit.

        Walapun mengenakan bayaran terhadap rawatan tidak dilarang dalam Islam tetapi biasanya bayaran yang di kenakan oleh perawat sebenar jauh lebih murah berbanding perawat palsu. Malah adaperawat hanya mengenakan bayaran semampu pesakit. Tidak seperti perawat palsu yng biasanya mengenakan bayang yang tinggi malah ada yang sampai mencecah puluhan ribu ringgit sebagai upah tawatan sama ada sembuh atau tidak bayar tetap bayar.

6.    Tidak memfitanah sesiapa

       Perawat sebenar tidak akan sewenang-wenangnya berkata "si fulan itulah yang telah menganiaya awak"  perawat sebenar akan selalu menasihatkan pesakit agar lebih mementingkan kesihatan daripada mengetahui siapa yang telah menganiaya pesakit ini bagi mengelakkan sifat dendam yang akan lebih memudaratkan timbul dalam diri pesakit. Berbeza dengan perawat palsu yang belum apa lagi dah berkata "tok tahu siapayang aniaya kamu..dia memang nak kamu mati untuk dia rampas semua milik kamu.. si fulan tu lah yang telah menghantarkan sihir untuk kamu mati" dah macam tuhan pula sampai tahu bila pesakit akan mati.

Itulah serba sedikit ciri-ciri perawat yang kita boleh percayai. Namun begitu sebaik-baiknya siasalah dahulu perawat yang kita mahu minta bantuannya.Banyakperawat Islam yang berkaliber di luar sana seperti Pusat rawatan Darussyifa, Pusat rawatan Islam sinar zamdurani dan banyaklagi. Pusat rawatan ini dikendalikan dari ustad-ustad dan prawat-perawat bertaluiah adn berpengalaman. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan sentiasa di berikan kesihatan dan umur yang panjang serta rezeki yang melimpah.. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...