Pengalaman meneroka dan merasai kehadiran makhluk halus bersama BPC Team Seekers

BPC Team Seekers kembali beraksi dengan seorang rakan yang berminat untuk sama-sama meneroka dan merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan makhluk halus ini. Ikuti pengalaman beliau.

"Pertama kalinya berpeluang mengikuti aktiviti bersama BP Team Seekers". Ketika diminta oleh ketua kumpulan untuk duduk di tepi sebuah dewan yang sudah dimatikan lampu, agak teruja kerana bakal berhadapan dengan perasaan yang tidak pernah berlaku. Aku diminta mengosongkan fikiran sambil memejamkan mata. Selang beberapa saat terasa badan seperti ditolak ke bawah oleh suatu daya tarikan yang wujud di belakang badanku. Sambil ketua kumpulan berulang kali berpesan agar mengosongkan fikiran. semakin fikiran kosong terasa tarikan semakin kuat. rasa kecil dihati bercampur baur. tidak disangkal ada perasaan ragu-ragu namun cepat-cepat ku matikan segera. Kedua lengan menjadi kebas. Fuhhh, kalau disambung lagi ni boleh jual jadik cerita suspens ni. anyway, niat asal untuk sekurang-kurangnya melihat sendiri kewujudan entiti tidak kesampaian. Ada seperti satu kuasa yang tiba-tiba timbul dari tubuh sendiri yang bertindak menghalang. Walau apapun, sekurang-kurangnya kewujudan makhluk yang menghuni dunia lain memang amat dirasai. Rasanya selepas ni pasti bertekad untuk mengembara lagi bersama BP Team Seekers. Pengalaman yang cukup mengujakan...."

Eyewitness!!!
Jumat M

P/s - Kepada sesiapa yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman seperti saudara Jumat bolehlah menghubungi kami. Tetapi hanya untuk mereka yang berani sahaja.

14 comments:

Anonymous said...

awak tak takut ka?

Anonymous said...

secara jujur memang ada takut. takut bukannya apa tapi yalah sebab pengalaman pertama lainlah kalau malam pertama haha. Yang pastinya ada sedikit keraguan. memang pada mulanya hampir2 berhasil bila bukak mata pandangan xberapa jelas tapi secara serentak juga agaknya sistem imunisasi entiti bekerja dan menidakkan kehadirannya memasuki badan.

Anonymous said...

kalau nak join aktiviti ada jaminan keselamatan x?

Anonymous said...

nak hubungi siapa kalau nak join aktiviti sebegini?

Jumat said...

tentang keselamatan Insyallah. Terus terang Allah SWT sentiasa ada yang penting niat kita bukan nak kacau dorang tapi supaya mendalamkan lagi pemahaman kita. selain dari aktiviti ni kita juga ada sesi berupa tazkirah di mana ketua rombongan akan memberi penerangan. Yang menjadikan saya "sedar" apabila dalam sesi tazkirah, makhluk halus tu berkata' eleh korang lupa juga tu, eleh sia2 korang cakap pasal agama, eleh korang tu xkemana juga tu semasa ketua rombongan mendedahkan rahsia mereka. nasihat ikhlas saya berhati2 dengan bisikan halus mereka.biarpun kita ni bukan baik sangat apatah lagi alim yang penting kalimah syahadah masih melekat di hati Insyallah sudah memadai-Jumat

mcm best ja..BPC ada buka perguruan ka utk mana2 org yg berminat mendalami bidang spritual ni? kalau ada mcm mana nak join?

Jumat said...

tentang keselamatan Insyallah. Terus terang Allah SWT sentiasa ada yang penting niat kita bukan nak kacau dorang tapi supaya mendalamkan lagi pemahaman kita. selain dari aktiviti ni kita juga ada sesi berupa tazkirah di mana ketua rombongan akan memberi penerangan. Yang menjadikan saya "sedar" apabila dalam sesi tazkirah, makhluk halus tu berkata' eleh korang lupa juga tu, eleh sia2 korang cakap pasal agama, eleh korang tu xkemana juga tu semasa ketua rombongan mendedahkan rahsia mereka. nasihat ikhlas saya berhati2 dengan bisikan halus mereka.biarpun kita ni bukan baik sangat apatah lagi alim yang penting kalimah syahadah masih melekat di hati Insyallah sudah memadai-Jumat

Beaufort Paranormal Community said...

Menjawab mengenai keselamatan, saya nak bercerita mengenai asal usul kejadian jin dan manusia (bukan saya nak tunjuk pandai sekadar untuk renungan). Jin di ciptakan dari api manakala manusia dari tanah. Secara lojiknya api tidak dapat memusnahkan tanah tetapi tanah dapat memadamkan api. Untuk itu kenapa kita perlu takut.

Menjawap mengenai perguruan. BPC ingin menegaskan bahawa kami tidak ada membuka atau menawarkan apa-apa bentuk perguruan dalam apa bidang sekali pun. Kami hanya menwarkan kepada sesiapa yang ingin merasa pengalaman mistik tetapi hanya untuk mereka yang berani sahaja.

Anonymous said...

Terima kasih kerana respon soalan saya

Beaufort Paranormal Community said...

sama-sama...semoga bermanfaat.ikuti terus perjalanan BPC di blog ini..TQ

Anonymous said...

agak lama jg bpc berdiam diri...

Anonymous said...

terbaru yg saya dengar dari sumber BPC..mereka sedang dalam rangka persediaan utk meneroka dunia misteri ini dgn lebih mendalam lagi..jika sblm ini mereka hanya meneroka untuk mengetahui keberadaan makhluk halus tapi kini mereka cuba untuk berkomunikasi dgn mahklut tersebut agar kita dapat mempelajari sesuatu dari sesi dialog mereka...sama2 kita tunggu perkembangan BPC team seekers

adi

Anonymous said...

Saya nak tnya brkaitan rmh ADO mnumbknyg dktkn mistik trsbt..pihak BPC prnh mrasakan misterinya rmh tu? Mksd syanphk bpc ada cb utk mlwt rmh tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...