Seorang sahabat (Zaini) telah menceritakan pengalaman beliau yang baru sahaja berlaku ketika beliau pulang dari majlis perkahwinan kepada BPC team seekers . Dia mendengar suara orang memanggil namanya sedangkan dia hanya berseorangan ketika itu.
Sebenarnya kejadian sebegini memang sering berlaku dan kita sudah sering mendengar cerita-cerita suara ghaib sebegini. Menurut Zaini, beliau balik dari majlis kahwin kira-kira jam 2.00 pagi setelah selesai membantu persiapan kahwin saudaranya itu. Pada awalnya beliau balik bersama rakan-rakan lain tetapi kerana rasa mengantuk yang amat sangat membuatkan Zaini berjalan laju meninggalkan rakan-rakannya di belakang. Apabila sampai di sebuah jambatan, beliau mula terasa seram tetapi tidak diendahkan memandangkan boleh dikatakan hampir setiap malam beliau menggunakan jambatan tersebut.
kawasan tempat Zaini diganggu |
Tidak lama selepas itu beliau terdengar seseorang memanggil namanya berulang kali. Tetapi yang menghairankan, dia tidak melihat sesiapa di jambatan tersebut. Pada mulanya Zaini menyangka rakan-rakanya cuba untuk menakut-nakutkannya. Tetapi lama kelamaan dia merasa ada sesuatu yang mengikutinya dari belakang, tetapi apabila zaini menoleh kebelakang beliau tidak melihat sesiapa. Gangguan yang diterima oleh zaini juga semakin banyak, zaini terasa seperti tengkuknya ditiup lembut, bau kemenyan juga mula tercium. Kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut Zaini berteriak lalu berlari balik kerumahnya. Tidak lama selepas itu zaini mendengar suara orang mengilai tetapi dia tidak tahu punca suara tersebut. Teriakan Zaini dapat didengar oleh rakan-rakan beliau yang berada dibelakang lalu mereka berlari mendapatkan Zaini yang telah sampai kerumahnya. Zaini menceritakan semua kejadian tersebut tetapi rakan-rakannya hanya mendengar suara zaini berteriak sahaja manakala suara mengilai mereka tidak mendengar sama sekali begitu juga dengan bau kemenyan, rakan-rakan Zaini langsung tidak tercium.
Berdasarkan cerita ini, BPC team seekers telah pergi kekawasan jambatan tersebut. Secara kebetulan kawasan jambantan tersebut berdekatan dengan tempat tinggal seorang ahli BPC team seekers yang juga merupakan jiran Zaini. BPC team seekers telah pergi kekawasan tersebut pada sebelah petang dan mendapati bahawa jambatan tersebut berhampiran dengan rumah penduduk kampung tetapi yang menjadi persoalan mengapa tidak seorang pun yang mendengar suara teriakan Zaini dan juga suara perempuan mengilai. Mungkin disebabkan semasa kejadian semua orang sedang lena dibuai mimpi atau mingkin sahaja satu kejadian mistik yang sukar digambarkan sedang belaku mengakibatkan tiada siapa yang mendengar suara teriakan Zaini dan juga suara mengilai.
Bagi memastikan kejadian tersebut BPC team seekers mengambil keputusan untuk kembali pada sebelah malam. Tepat jam 2.05 pagi, beberapa anggota BPC team seekers berserta dengan seorang sahabat (namanya terpaksa dirahsiakan sebagai menghormati permintaan beliau) yang mempunyai kemahiran paranormal kembali ke jambatan tersebut. Namun sepanjang malam BPC team seekers tidak mengalami kejadian-kejadian aneh hanya anjing yang selalu menyalak panjang seperti menagis seperti melihat sesuatu. Sahabat BPC team seekers mengatakan jambatan tersebut merupakan laluan untuk makhluk halus berjalan. Selain itu sebatang pokok nangka yang berada berhampiran jambatan tersebut merupakan tempat persinggahan makhluk halus. Tidak hairanlah jika Zaini diganggu. Namun malang bagi BPC team seekers semua gambar yang dirakam ketika waktu malam tidak menunjukkan apa-apa hasil.
pokok yang dikatakan menjadi tempat persinggahan makhluk halus |
Samada anda percaya atau tidak semua terpulang pada penilaian anda. Sesuatu yang bersifat paranormal memang tidak dapat dibuktikan secara saintifik walaupun sudah terdapat usaha untuk membuktikan kejadian-kejadian paranormal dari sudut sains namun masih mampu untuk mengungkap misteri yang ada disebalik kejadian-kejadian sebegini. Hanya mereka yang pernah merasai sendiri pengalaman-pengalaman mistik ini sahaja tahu akan kebenarannya dan kita hanya perlu momohon perlindungan daripada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Hanya Allah yang maha mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Wallahualam
2 comments:
banyak kejadian begini terjadi...geng seekers rakan muda juga pernah mengalami kejadian sebegini kan
rasa macam kenal jambatan ini...
Post a Comment