Pocong ataupun juga di kenali sebagai hantu bungkus merupakan satu lagi hantu dalam masyarakat Melayu yang popular. Namun begitu pocong agak berbeza dengan kebanyakan hantu-hantu lain di mana kebanyakan hantu-hantu lain akan memudaratkan secara langsung seperti menghisap darah atau menyakitkan dan merasuk mangsa. Tetapi pocong pada kebiasaannya hanya menyakat mangsa sahaja. Belum pernah lagi kita dengar pocong ini menghisap darah manusia.
Ada yang mengatakan hantu pocong ini merupakan jelmaan dari orang yang telah mati tetapi bangkit kembali kerana tidak diterima bumi. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang maha mengetahui. Namun begitu terdapat juga kepercayaan yang mengatakan hantu pocong ini bangkit dari kubur untuk meminta bantuan membuka tali kafannya yang pada waktu ia dikebumikan orang terlupa untuk membukanya. Namun begitu sesetengah masyarakat percaya amalan ilmu hitam akan membuatkan pengamalnya bangkit selama 40 hari dari kubur dan kembali kerumahnya seperti manusia biasa apabila menjelang waktu maghrib, namun apabila terbit sahaja matahari ke esokkan harinya ia akan kembali menjadi mayat hinggakan terpaksa di kebumikan sekali lagi oleh ahli keluarga beliau. Cerita-cerita sebegini sering kita dengar berlaku di kalangan masyarakat Melayu.
Jika dipandang dari sudut agama Islam, orang yang sudah meninggal tidak akan bangkit kembali kecuali pada hari akhirat di mana semua manusia kembali dibangkitkan untuk diadili oleh Allah sesuai dengan amalannya ketika di dunia. Ini bersesuaian dengan satu dalil yang bermaksud “apabila meninggal seseorang anak adam itu maka terputuslah sudah hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh yang sentiasa mendokan beliau” (mohon dibetulkan jika saya salah). Melalui ayat ini jelaslah bahawa tidak mungkin seseorang yang telah meninggal dunia kembali bangkit. Persoalanya di sini siapa yang telah menjelma sebagai pocong tersebut?. Kemungkinan jin atau syaitaanlah yang bertanggungjawab dalam kejadian sebegini. Bukankah mereka akan berusaha menyesatkan anak adam dengan apa cara sekali pun dan kita juga tidak harus lupa dengan kewujudan Qareen yang sentiasa menemani kita dari kita dalam perut ibu lagi malah apabila kita meninggal Qareen akan terus hidup. Dengan adanya kejadiaan-kejadian sebegini, manusia yang lemah imannya akan takut maka timbullah kepercayaan-kepercayaan karut dan khurafat yang akan membawa kepada kesesatan.
Hantu pocong sering digambarkan dalam bentuk manusia berkafan yang berbau busuk. Hantu ini bergerak dengan cara melompat-lompat. Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa hantu pocong bergerak dengan cara berguling ataupun terbang dan ia mampu bergerak sepantas kereta dan sering mengikuti kenderaan untuk mengganggu manusia. Biasanya kehadiran hantu pocong ini dimulakan dengan peristiwa kuburan berasap ataupun berlobang. Terdapat juga orang-orang yang tinggi ilmu agamanya mampu mengatasi masalah ini. Pada kebiasaanya pocong akan berkeliaran selama 40 hari dari hari si mati dikebumikan dan akan berhenti dengan sendirinya apabila genap 40 hari namun begitu ada juga yang berlarutan sehingga perlu ditangani oleh mereka-mereka yang pakar dan tinggi ilmunya. Kegemaran hantu ini ialah memerhatikan bulan mengambang.
Terdapat satu kepercayaan yang mengatakan sesiapa yang mampu menangkap pocong akan memperolehi kekayaan yang tidak ternilai banyaknya. Tetapi janganlah pula menjadikan menangkap pocong sebagai satu kerjaya. Bagi mereka yang dikejar hantu ini terdapat beberapa cara untuk mengelakkan kejaran tersebut antaranya ialah bertiarap di atas tana atau berlari zig-zag sambil menanggalkan pakaian. Namun begitu masih belum terbukti lagi cara ini berkesan sebaik-baiknya bacalah ayat-ayat pelindung bagi memngelakkan gangguan.
Nama lain bagi hantu ini ialah hantu bangkit, hantu bungkus, hantu punjut, hantu bunjut, hantu kocong dan ada juga yang memanggil hantu gula-gula. Kononya sesiapa yang bercerita tentang hantu ini pada waktu malam akan memanggil hantu ini untuk muncul dihadapan anda.
Wallahualam…
5 comments:
hantu yang paling aku takut...
sapa nak kaya pocong...hahahahaha
siapa mau jd org kaya pocong...eeeee
jadi penternak pocong yang berjaya
inilh hn2 yg plg aku tkut skli....
Post a Comment