Perubatan Islam


Dalam dunia yang serba canggih sekarang ramai yang sudah mula melupakan salah satu cabang perubatan iaitu perubatan Islam. Tidak semua penyakit dapat dikesan oleh pihak hospital seperti penyakit yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus seperti histeria, kerasukan dan sebagainya.


Penyakit - penyakit seperti ini hanya dapat diubati dengan menggunakan perubatan secara tradisional sahaja samada melalui amalan kebatinan, menggunkan khidmat bomoh atau menggunkan perubatan Islam melalui ustad atau orang - orang yang arif tentang hal agama sahaja.


Amalan kebatinan adalah merujuk kepada sesuatu amalan yang bertujuan untuk menguatkan dalaman seseorang melalui beberapa ritual samada yang bercanggah dengan ajaran Islan ataupun tidak. Amalan sebegini banyak terdapat diperguruan - perguruan silat terutama yang melibatkan hal - hal kebatinan.

Manakalah bomoh pula merujuk kepada individu yang di percayai mampu untuk menyelesaikan perkara - perkara ghaib. Terdapat dua jenis bomoh yang sering kita dengar dalam masyarakat kita iaitu bomoh yang menggunakan ayat - ayat Al-Quran sebagai medium peyembuh dan bomoh yang mengggunakan jampi serapah. Bomoh yang mnggunakan jampi serapah inilah sebaik - baiknya dihindari kerana amalan menggunkan jampi serapa dengan memuja semangat apalagi sampai meminta pertolongan selain dari Allah jelas - jelaas bertentangan dengan akidah kita sebagia seorang muslimin.

1 comment:

Anonymous said...

Betul ke ayat di atas dari Surah An-Naml ayat 19. Pohon pencerahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...