Tenaga dalam ataupun juga dikenali sebagai "inner power" adalah tenaga yang tersimpan didalam tubuh manusia dan mengendap di bawah sedar. Ada juga yang menyebut, tenaga dalam itu adalah tenaga Bio eletrik yang tenaganya banyak mengendap dibawah sedar. Banyak yang percaya, bahawa “Tenaga Dalam” mempunyai kekuatan yang begitu besar sehingga kekuatannya melebihi tenaga yang digunakan orang secara wajar.Contohnya seseorang yang takut kepada anjing akan memiliki kemampuan yang luar biasa dalam berlari menghindari kejaran
anjing yang berlari cepat. Bila terdesak, orang tersebut dapat melompati tembok setinggi 2 m dengan sekali lompat. Rasa takut yang berlebihan tersebut dapat membangkitkan tenaga dalamnya yang sedang 'tidur'. Secara otomatik tenaga dalam tersebut bangkit dan tersalur pada kedua kakinya yang sedang dipergunakan untuk berlari, tetapi setelah berhasil menyelamatkan diri kekuatan itu reda dan energi itu 'tidur' kembali. Kemudian orang itu baru menyadari bahwa dirinya telah melakukan sesuatu yang luar biasa. Persoalannya bagaimana kita boleh menggunakan energi atau potensi tersebut dalam keadaan biasa. Hal ini akan kita bincangkan dilain topik.
Terdapat beberapa jenis latihan dalam membangkitkan tenaga dalam bergantung kepada guru yang mengajar. Ada yang dilatih baru dapat membangunkan kekuatan tenaga dalam adajuag yang "diisi" oleh guru kepada muridnya. Malah ada juga yang menggunkan ilmu hitam untuk memperolehi tenaga dalam yang kuat. Namun begitu tujuan asal adalah sama iaitu untuk membangkitkan potensi diri yang terpendam.
Tenaga dalam membentuk getaran-getaran yang tersalurkan pada urat-urat tubuh dan pembuluh-pembuluh darah apabila disalurkan. Getaran-getaran energi ini berbeza - beza, ada yang panas dan ada yang sejuk, bergantung bagaiman cara orang itu berlatih. Energi panas (positif) dan energi sejuk (negatif). Ukuran bangkitnya tenaga dalam iaitu dengan terasanya panas pada perut atau pusat. Rasa panas ini tidak berpecah - pecah hanya tertumpu dibahagian pusat dan boleh kita salurkan ke bagian tubuh manapun yang kita mahu. Semakin lama rasa panas itu akan semakin panas dan menyalurkannya semakin senang.
Tenaga dalam ini apabila disalurkan pada suatu titik tertentu akan membentuk kekuatan yang dapat dipergunakan untuk menghancurkan benda-benda keras, pendinding, penyembuh dan lain-lain. Energi inilah yang sering digunakan oleh kalangan pesilat di dalam menambah mutu silatnya, juga dapat digunakan sebagai senjata yang ampuh.
Tenaga dalam biasanya dikaitkan dengan aliran seni bela diri masyarakat Melayu. Dipercayai tenaga dalam ada pada diri semua manusia namun perlu dibangkitkan dengan kaedah-kaedah tertentu antara lain:
- Teknik pernafasan.
- Meditasi.
- Latihan jurus.
Tujuan-tujuan membangkitkan tenaga dalam, di antara lain, adalah seperti berikut:
- Untuk kesehatan mental dan fizikal.
- Untuk pertahanan diri jarak jauh.
- Tenaga fizikal menjadi jauh lebih kuat apabila tenaga dalam sudah mencapai tahap tertentu. Jadi bila dengan tenaga fizikal biasa kita hanya mampu mengangkat beban 50 kg, dengan dibantu penyaluran tenaga dalam kita dapat mengangkat beban yang lebih berat dari itu.
- Untuk mempertajam panca indera. Kelima - lima panca indera bermula dari penglihatan, pendengaran, penciuman, deria sentuh dan deria rasa menjadi lebih peka pada tahap tertinggi.
- Untuk membangkitkan indera keenam. Indera keenam yang lazim disebut dengan Extra Sensory Perception (ESP) bila sudah bangkit maka firasat kita akan menjadi tajam dan boleh mengetahui adanya bahaya sebelum terjadi. Selain itu juga boleh mengetahui niat jahat seseorang hanya dengan melihat sekilas raut wajah orang tersebut.
- Untuk menghancurkan benda-benda keras. Peringkat ini bergantung kepada kemampuan tenaga dalam seseorang semakin tinggi tenaga dalamnya, semakin besarlah kemampuannya menghancurkan sasarannya.
- Untuk meringankan tubuh.
- Untuk memperkuat memori otak.
- Untuk perawatan penyakit terutama penyakit yang tidak dapat dirawat oleh ilmu kedoktoran modern.
Sains ada mengatakan manusia cuma menggunakan sebahagian kecil fungsi otak mereka manakala sebahagian besar lagi terbiar begitu sahaja. Jika bahagian otak yang tidak digunakan itu mampu diteroka maka potensi terpendam akan dapat digunakan ataupun dengan bahasa lain kita mampu menggunakan tenaga dalam dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment