Cerita Tangki Air Selagon


Kisah mengenai gangguan di kawasan tangki air kg Selagon memang sudah tidak asing lagi sehinggakan tidak ramai orang yang mahu melalui di kawasan tersebut pada waktu malam. Kisah-kisah sebegini telah menarik minat BPC Team Seekers untuk membuktikan sendiri keadaan di kawasan tersebut.


Tepat jam 1.00 pagi seramai 5 orang ahli BPC Team Seekers bergerak ke lokasi tangki di kg Selagon. Menurut masyarakat setempat, di kawasan tersebut sering berlaku penampakan berupa wujud seorang wanita berambut panjang yang berkeliaran di kawasan tersebut.

Setibanya kami di sana, suasana kawasan tangki memang sunyi dari sebarang kenderaan yang lalu lalang. Tidak menunggu lama kami mula mengambil gambar dikawasan tersebut yang hasilnya anda boleh lihat dan menilai sendiri. Kami berada di kawasan tersebut sehingga jam 3.00 sambil memerhatikan kawasan sekeliling kalau-alau wanita yang sering dikataan muncul menampakan diri.

Selama lebih kurang 3 jam kami berada dikawasan tersebut tiada sebarang penampakan berlaku. Cuma kadangkala bulu roma kami berdiri. Mungkin keadaan ini berlaku disebabkan kawasan tersebut yang sunyi lebih-lebih lagi tida jauh dari kawasan tersebut terdapat sebuah kawasan perkuburan. Namun kesimpulan yang boleh kami ambil ialah tiada apa yang perlu di takutkan untuk melalui kawasan tersebut kerana sesungguhya selagi kita tetap ingat dan memohon perlindungan dari Allah maka tiada satu pun yang mampu memudaratkan kita. Wallahualam

PS - gambar lain akan d upload kemudian

1 comment:

PESUGIHAN MBAH SURO said...

Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura

Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

WhatsApp +62 822 4631 1483




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...