Sekadar gambar hiasan |
Peristiwa ini berlaku di Sipitang Sabah. Malam belum begitu larut tapi entah mengapa keadaan terasa terlalu sunyi. Tidak seperti biasa suasana sentiasa meriah dengan karenah rakan-rakan. Tiba kami semua dikejutkan oleh teriakan anak gadis dari sebelah yang menjerit-jerit seperti ketakutan. Maka ramailah orang beduyun-duyun datang untuk melihat. saya merupak antara yang terawal sampai maklum sajalah tinggal bersebelahan. Memandangkan saya kenal dengan keluarga gadis tersebut saya pun cubalah menolong dengan menahan gadis tersebut dari terus meronta-ronta. Kekuatan gadis tersebut sungguh luar biasa hinggakan memerlukan 4 orang lelaki untuk menahan pergerakannya itupun dengan susah payah.
Seorang yang dianggap pakara dalam bidang ini telah dipanggil untuk mengubati gadis tersebut. Melalui pakcik inilah kami tahu bahawa jin yang merasuk ini dihantar oleh seseorang yang pernah meminag gadis tersebut. Tetapi pakcik tersebut menasihatkan kami agar tidak percaya 100%. Setelah beberapa jam cuba mengubati gadis terbabit akhirnya pakcik tersebut menyerah kalah dan tidak sanggup untuk terus mengubati gadis tersebut. Untuk itu seorang lagi telah di panggil untuk mengubati gadis tersebut, Kali ini prosesnya agak berlainan. Pak dukun yang mengubati gadis tersebut bersilat seolah-olah sedang bertarung denga sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tetapi Pak dukut itu juga tewas dan menyerah kalah.
Akhirnya sebagai ikhtiar terakhir seorang ustad muda telah diminta untuk mengubati gadis tersebut.. Pada mulanya beliau menolak dan berkata beliau tidak pandai apa-apa tentang kebatinan ini. Namun setelah dipujuk dia bersetuju dengan syarat agar orang ramai tidak menghebohkan bahawa beliau yang mengubati gadis tersebut. Kali ini prosesnya cukup mudah Ustad tersebut hanya memegang kepala gadis tersebut sambil membaca ayat-ayat Al-Quran tetapi kesanya cukup ketara. Gadis tersebut mengelupur sambil berteriak kepanasan.. Setelah beberapa ketika jin tersebut menyerah kalah dan berjanji untuk keluar dari badan gadis tersebut. Akhirnya gadis itu sedar dan mengatakan dia haus sangat.
Semuanya kembali pulih seperti sedia kala kira-kira jam 4.30 pagi. Tidak lama selepas itu azan subuh pn berkumandang. Begitulah pengalaman yang aku alami sendiri.
Ramadan, Sipitang.
2 comments:
apa boleh kita buat kalau berdepan dengan situasi mcm ni..ada sesiapa boleh bagi tahu
terdapat dua perkara yang perlu kita buat jika behadapan dengan situasi mcm ni iaitu jika mempunya kemahiran dalam ilmu pengubatan rawatlah ia dengan cara anda tetapi jika tiada tolong jaga pesakit jgn sampai mencederakan dirinya sendiri atau orang lain dan cepatlah dapatkan bantuan dari pakar
Mr Paranormal
Post a Comment